Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

POCO F6 Pro dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 – harga promosi dari RM 2,059

POCO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship F Series terbaru mereka iaitu POCO F6 dan POCO F6 Pro.

POCO F6 Pro memiliki skrin paparan WQHD+ 120Hz Flow AMOLED berukuran 6.67-inci yang memiliki resolusi 2K dengan kecerahan maksima 4,000nits. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama 12GB atau 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Selain itu, POCO F6 Pro juga hadir dengan sistem kamera terbaik yang pernah dikeluarkan oleh POCO yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, POCO F6 Pro memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 120W HyperCharge, sistem penyejukan LiquidCool Technology 4.0 dengan IceLoop, Xiaomi HyperOS, pembesar suara stereo, IR Blaster dan NFC.

POCO F6 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 23 Mei ini pada harga pembelian terawal iaitu RM 2,059 bagi versi 12/256GB, RM 2,159 bagi versi 12/512GB dan RM 2,599 bagi versi 16/1TB.

Dapatkan POCO F6 Pro di mi.com dan stor rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.