Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 21
Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo Find X3 Pro ke pasaran Malaysia dan ianya menjadi satu lagi telefon pintar dengan pemproses flagship Snapdragon 888 (di Malaysia) selepas Xiaomi Mi 11 dan Asus ROG Phone 5.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 22

Terus kepada telefon pintar terbaru Oppo ini, ianya hadir reka bentuk panel belakang yang diperbuat daripada satu keping gelas yang turut melekung sebagai modul kamera dan reka bentuk ini telah memenangi anugerah reka bentuk Reddot Winner 2021.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 23

 

Beralih kepada skrin, Oppo Find X3 Pro tampil dengan skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 6.7-inci yang menawarkan anda resolusi QHD+ dan kadar segar 120Hz yang mampu berubah sehingga ke kadar serendah 5Hz mengikut keperluan aplikasi dan kandungan pada skrin.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 24

 

Beralih kepada kamera, Oppo Find X3 Pro hadir dengan tetapan quad-kamera iaitu dua sensor 50MP Sony IMX766 iaitu sensor utama dengan f/1.8 dan sensor ultrawide dengan aperture f/2.2.

Sensor utama Oppo Find X3 Pro juga mempunyai OIS, EIS, dan All Pixel Omni-directional PDAF untuk pemfokusan yang cepat dan tepat pada semua keadaan cahaya.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 25
Selain itu, dua sensor 50MP ini juga disertakan dengan satu sensor telefoto 13MP yang menawarkan pengzoom hibrid 5x dan sensor micro 3MP (lengkap dengan lampu led) untuk fotografi makro yang luar biasa dengan kadar magnifikasi sehingga 60x.

Beralih kepada kamera selfie, Oppo Find X3 Pro tampil dengan sensor 32MP yang diletakkan pada punch-hole.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 26

 

Beralih kepada bateri, Oppo Find X3 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4,5000mAh yang dilengkapi dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W yang memberikan anda pengecasan penuh dalam 30 minit.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 27

Selain itu, buat pertama kali didalam siri Oppo Find, pengecasan tanpa wayar juga turut disertakan pada Find X3 Pro iaitu AirVOOC Wireless Flash Charge 30W yang mampu memenuhi bateri telefon pintar ini didalam masa 80 minit.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 28

Oppo Find X3 Pro tampil dengan pemproses Snapdragon 888 (modem 5G Snapdragon X60) yang dipadankan dengan 12GB RAM jenis LPDRR5 dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Lain-lain spesifikasi Oppo Find X3 Pro adalah Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6E , USB 3.1, ColorOS 11.2 yang berasaskan Android 11, kalis air IP68 dan pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 29

Oppo Find X3 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Gloss Black dan Blue Matte dengan harga penjualan RM 4,299.

Oppo Find X3 Pro kini rasmi Malaysia pada harga RM 4,299 30

Oppo Find X3 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan (sehingga 8 April 2021) dimana setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,935.

Berikut adalah hadiah yang akan diterima dengan pra-tempahan Oppo Find X3 Pro :

  • 1 unit Oppo Enco X
  • wireless charger
  • phone case kevlar
  • 1 tahun tambahan waranti & perlindungan skrin
  • percuma langganan HeyTap Cloud 1TB untuk satu tahun

Bercakap mengenai lokasi pra-tempahan, Oppo Find X3 Pro boleh di pra-tempah di 15 stor MY OPPO Space, Oppo Brand Store, Oppo Online Store, rakan e-dagang dan rakan telekomunikasi.

Penjualan rasmi Oppo Find X3 Pro akan bermula pada 9 April 2021.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.