Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Februari ini

Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Februari ini 3
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flaghsip 2021 mereka iaitu Mi 11 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Februari ini.

Xiaomi Mi 11 telah dilancarkan pada 8 Februari yang lalu dan ianya merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Snapdragon 888.

Selain itu, jika anda masih menantikan pengumuman harga penjualan tempatan Xiaomi Mi 11, teka-teki ini akan terjawab pada pelancaran tempatan yang akan berlangsung pada 25 Februari ini pada jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia (https://m.facebook.com/XiaomiMalaysia/)

Berikut adalah spesifikasi Xiaomi Mi 11 :

  • Skrin paparan WQHD+ AMOLED 6.18-inci (515ppi)
  • Kadar segar semula 120Hz dengan adaptive Sync
  • Snapdragon 888 (GPU Adreno 660)
  • 8GB RAM LPDDR5 + storan dalaman
  • 128/256GB (UFS 3.1)
  • Sensor utama 108MP + ultrawide 13MP + Telemakro 5MP.
  • Kamera selfie 20MP
  • Bateri 4,600mAh (pengecasan pantas 55W)
  • Adapter pengecasan disertakan dalam kotak
  • Info lanjut di SINI
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.