Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm lancarkan cipset midrange Snapdragon 780G 5nm seperti Snapdragon 888


Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan cipset premium mid-range Qualcomm Snapdragon 780G dan ianya merupakan cipset kelas pertengahan pertama untuk hadir dengan reka bentuk 5nm seperti Snapdragon 888.

CPU Kyro 670 yang digunakan pada Snapdragon 780G ini dikatakan menawarkan 40% peningkatan prestasi dan ianya mungkin berdasarkan cipset siri 700 Snapdragon.

Selain itu, GPU yang digunakan pada SD780G ini adalah Adreno 642 yang mampu memberikan anda prestasi grafik setaraf Snapdragon 855 dan 865.

Selain itu, Snapdragon 780G juga menyokong RAM jenis LPDRR4 pada frekuensi 2.1GHz dengan kapasiti maksima sehingga 16GB.

Beralih kepada pemprosesan imej, ianya tampil dengan triple Spectra 570 ISP yang membolehkan imej dari tiga kamera boleh diproses serentak dan ianya hanya ditawarkan pada cipser flagship sebelum ini.

ISP ini juga menyokong 10-bit warna untuk gambar yang boleh direkod pada beberapa format HDR iaitu HDR10, HDR10+ dan HLG.

Selain itu, enjin AI Hexagon 770 pula menawarkan prestasi 12 TOPS iaitu lebih dua kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh 768G (5.4 TOPS) menjanjikan prestasi AI yang lebih pantas.

Selain itu, Snapdragon 780G juga mempunyai modem X53 5G yang menawarkan kelajuan muaturun maksima sehingga 3.3 Gbps namun tiada sokongan mmWave

Lain-lain teknologi perhubungan yang ditawarkan pada Snadragon 780G adalah Wi-Fi 6E , Bluetooth 5.2, USB 3.1 dan Quick Charge 4+.

Telefon pintar pertama dengan cipset Snapdragon 780G akan dilancarkan didalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.