Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds Air 2 kini rasmi di Malaysia dengan ANC pada harga RM 199 sahaja

realme Buds Air 2 kini rasmi di Malaysia dengan ANC pada harga RM 199 sahaja 3
realme secara rasminya telah melancarkan realme Buds Air ke pasaran Malaysia dan TWS terbaru ini akan hadir dengan harga penjualan RM 199 sahaja.

realme Buds Air 2 merupakan satu earbuds yang telah dihasilkan dengan kerjasama DJ terkemuka antarabangsa iaitu The Chainsmokers.

Selain itu, realme Buds Air 2 dilengkapi dengan Active Noise Cancellation, mod Super Low Latency dan sehingga 25 jam pendengaran dengan satu pengecasan penuh.

Lebih-lebih lagi, realme Buds Air 2 juga dilengkapi dengan 10mm Hi-Fi Bass Boost Drive dan Mod Bass Boost+ yang baharu untuk memberikan anda kualiti dan pengalaman audio yang lebih baik.

Dalam pada itu, realme Buds Air adalah sebuah earbuds yang direka bentuk untuk menjadi peranti yang melambangkan gaya fesyen anda dan ianya boleh dibeli didalam dua warna iaitu Closer Black dan Closer White.

realme Buds Air 2 akan mula ditawarkan di realme Brand Store dan wakil penjual rasmi mulai 3 April ini manakala penjualan secara atas talian di Lazada akan bermula pada 8 April 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.