Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 kini rasmi – harga dari RM 2,999 sahaja

Asus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu Asus ROG Phone 5 dan Asus ROG Phone 5 Pro.

Asus ROG Phone 5 dan Asus ROG Phone 5 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED 144Hz keluaran Samsung dan ianya adalah panel skrin 6.8-inci berbanding 6.6-inci pada ROG Phone 3 namun ukuran dimensi telefon pintar tidak begitu jauh berbeza dengan generasi lalu.

Skrin paparan Asus ROG Phone 5 juga mempunyai sokongan HDR10+ dan turut dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus.

Beralih kepada bahagian cipset, Asus ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Pro hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 yang dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 18GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Beralih kepada bateri pula, Asus ROG Phone 5 dan ROG 5 Pro menampilkan bateri berkapasiti 6,000mAh (2×3,000mAh) dengan sokongan pengecasan pantas Asus HyperCharge 65W.

Seperti pada telefon pintar ROG Phone sebelum ini, anda akan mempunyai dua slot USB-C iaitu dibahagian bawah dan pada bahagian sisi untuk pengecasan dalam mod landskap atau menggunakan kipas AeroActive Cooler 5 yang disertakan didalam kotak dengan pembelian Asus ROG Phone 5 Pro.

Lebih menarik, Asus juga membawa semula bicu audio 3.5mm pada ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Pro dan ianya dilengkapi ESS Sabre ES9280AC Pro Quad DAC.

Bahagian kamera Asus ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Pro adalah sensor tri-kamera 64MP Sony IMX686 seperti pada ROG Phone 3 dan ianya turut menampilkan kamera selfie yang sama.

Selain itu, Asus ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Pro juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo Cirrus Logic CS35L45 yang 21% lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini.

Selain itu, perbezaana antara ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Pro adalah pada panel belakang dimana ROG Phone 5 menampilkan logo Republic of Gamers dengan lampu RGB manakala versi Pro tampil dengan satu skrin yang diberi nama ROG Vision.

Kesemua model Asus ROG Phone 5 dan Asus ROG Phone 5 Pro tampil dengan Android 11 dan anda diberikan pilihan untuk menggunakan ROG UI atau Zen UI.

Berikut adalah varian yang ditawarkan bagi Asus ROG Phone 5 yang ditawarkan di Malaysia didalam dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Storm White.

Asus ROG Phone 5 12/256GB – RM 3,799

Asus ROG Phone 5 8/128GB – RM 2,999

Asus ROG Phone 5 Pro akan tampil dengan 16GB RAM dan storan dalaman 512GB pada harga RM 4,499 manakala Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition pula akan mempunyai 18GB RAM dan 512GB storan dalaman namun dua model ini hanya akan memasuki pasaran pada bulan Mei 2021.

Bagi Asus ROG Phone 5, ianya akan memasuki pasaran tempatan pada bulan April namun pra-tempahan akan dibuka mulai 11-25 Mac 2020 dan setiap pra-tempahan akan menerima ROG Kunai Gamepad 3 bernilai RM 499 secara percuma.

Pra-tempah Asus ROG Phone 5 di SINI :

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.