Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi – Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 19Oppo secara rasminya telah melancarkan telah memperkenalkan siri Oppo Find X3 Pro yang merupakan telefon pintar kelas flaghsip terbaru Oppo dengan pemproses Snapdragon 888.

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 20

Paling mencuri tumpuan adalah reka bentuk panel belakang Oppo Find X3 Pro yang diperbuat daripada satu gelas yang turut melekung sebagai modul kamera.

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 21

Beralih kepada skrin, Oppo Find X3 Pro tampil dengan skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 6.7-inci yang menawarkan anda resolusi QHD+ dan kadar segar 120Hz yang mampu berubah sehingga ke kadar serendah 5Hz mengikut keperluan aplikasi dan kandungan pada skrin.

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 22

Beralih kepada kamera, Oppo Find X3 Pro hadir dengan tetapan quad-kamera iaitu dua sensor 50MP Sony IMX766 iaitu sensor utama dengan f/1.8 dan sensor ultrawide dengan aperture f/2.2.

Sensor utama Oppo Find X3 Pro juga mempunyai OIS, EIS, dan All Pixel Omni-directional PDAF untuk pemfokusan yang cepat dan tepat pada semua keadaan cahaya.

Selain itu, dua sensor 50MP ini juga disertakan dengan satu sensor telefoto 13MP yang menawarkan pengzoom hibrid 5x dan sensor micro 3MP untuk fotografi makro yang luar biasa dengan kadar magnifikasi sehingga 60x.

Beralih kepada kamera selfie, Oppo Find X3 Pro tampil dengan sensor 32MP yang diletakkan pada punch-hole.

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 23

Beralih kepada bateri, Oppo Find X3 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4,5000mAh yang dilengkapi dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W yang memberikan anda pengecasan penuh dalam 30 minit.

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 24

Selain itu, buat pertama kali didalam siri Oppo Find, pengecasan tanpa wayar juga turut disertakan pada Find X3 Pro iaitu AirVOOC Wireless Flash Charge 30W yang mampu memenuhi bateri telefon pintar ini didalam masa 80 minit.

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 25

Oppo Find X3 Pro tampil dengan pemproses Snapdragon 888 (modem 5G Snapdragon X60) yang dipadankan dengan 12GB RAM jenis LPDRR5 dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Lain-lain spesifikasi Oppo Find X3 Pro adalah Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6E , USB 3.1, ColorOS 11.2 yang berasaskan Android 11, kalis air IP68 dan pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 26

Oppo Find X3 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Gloss Black dan Blue Matte.
Oppo Find X3 Pro 5G kini rasmi - Snapdragon 888 dan Skrin OLED QHD+ 120Hz 27

Harga penjualan Oppo Find X3 Pro di Malaysia masih belum diumumkan namun ianya akan mula memasuki pasaran pada 30 Mac dengan harga € 1,149 (RM 5,640).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.