Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer desktop pertama Huawei MateStation S akan tiba di Malaysia 20 Mac ini


Huawei secara rasminya telah mengumumkan komputer desktop pertama syarikat ini di Malaysia akan memasuki pasaran tempatan pada 20 Mac ini.

Selepas melancarkan pelbagai model komputer riba dibawah siri Huawei MateBook, Huawei Malaysia kini mengumumkan penawaran komputer Huawei MateStation S.

Huawei MateStation S akan hadir dengan cip 7 nm AMD Ryzen 5 4600G yang juga disertakan dengan kad grafik Radeon untuk membekalkan anda satu pakej komputer yang berkuasa tinggi.

Komputer desktop Huawei MateStation S juga hadir dengan skrin paparan FullView FHD+ berukuran 23.8-inci dengan pensijilan TÜV Rheinland  Low Blue Light dan Flicker-Free display serta nisbah skrin kepada badan 90%.

Berikut adalah spesfikasi Huawei MateStation S :

  • RAM :  2 x DDR4 SO-DIMM 8GB
  • Memori : 2 x M.2 2280, PCIe x4 SSD, 256 GB storan
  • Butang kuasa dengan sensor capjari pada papan kekunci
  • 2 x USB 3.2 Gen 1 (USB-A) | 2 x USB 2.0 (USB-A)
  • 1 slot HDMI
  • Bluetooth 5.0
  • IEEE 802.11a/b/g/n/ac dual-band, 2.4 GHz dan 5 GHz, MIMO 2 x 2
  • Bicu audio 3.5mm
  • Huawei Share, Multi-screen Collaboration
  • Sistem penyejukan direka khas
  • Berat : 4.2 kg
  • OS : Windows 10 Home 64bit

Huawei MateStation S akan ditawarkan didalam warna Space Gray mulai 20 Mac ini namun harga penjualan komputer desktop pertama Huawei ini masih belum diumumkan.


Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei MateStation S, layari
HUAWEI Store Online

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.