Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile lancarkan pelan Ultra Unlimited Wireless Broadband serendah RM 48 untuk keperluan pembelajaran dan pekerjaan digital

UMobile lancarkan pelan Ultra Unlimited Wireless Broadband serendah RM 48 untuk keperluan pembelajaran dan pekerjaan digital 5
U Mobile telah memperkenalkan rangkaian pelan tanpa had baharu, khusus untuk perkhidmatan jalur lebar WiFi, bagi menyahut keperluan penyambungan terkini pelanggan.

Dipanggil Ultra Unlimited Wireless Broadband, ia mempunyai empat pelan yang ditawarkan dengan harga serendah RM48 bagi Pelan WB48 (Study Plan).

Selain itu, terdapat juga Pelan WB68 (Work Plan), Pelan WB88 (Work & Play Plan), dan Pelan WB128 (Max Plan).

Bergantung kepada langganan, pelanggan dapat menikmati data tanpa had ketika menggunakan aplikasi terpilih serta kuota data bulanan yang diperuntukkan untuk tujuan lain.

UMobile lancarkan pelan Ultra Unlimited Wireless Broadband serendah RM 48 untuk keperluan pembelajaran dan pekerjaan digital 6

Contohnya, Pelan WB68 (Work Plan) menawarkan data tanpa had untuk aplikasi pembelajaran dan produktiviti seperti aplikasi Zoom, Google Meet dan Microsoft Office 365; ia juga dilengkapi dengan data 30GB untuk semua kegunaan lain.

Bagi Pelan WB88 (Work & Play Plan), ia bukan hanya menawarkan data tanpa had untuk aplikasi pembelajaran dan produktiviti, tetapi turut dilengkapi data tanpa had untuk aplikasi seperti Shopee, Lazada, Mobile Legends: Bang Bang, Garena Call of Duty: Mobile dan Garena Free Fire.

Di samping itu, Pelan WB88 juga dilengkapi dengan data 50GB.

Pelan baharu ini memberikan kemudahan kepada pelanggan kerana ia benar-benar merupakan penyelesaian‘plug-and-play’ tanpa memerlukan kontrak atau pemasangandi rumah.

Pelanggan hanya perlu melanggan, menyambung kemodem MiFi, dan mereka sudah bersedia untuk berada dalam talian!

Bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pelan Ultra Unlimited Wireless Broadband baharu ini, U Mobile kini memberikan 50% diskaun ke atas bayaran bulanan Pelan WB68 (Work Plan), Pelan WB88 (Work & PlayPlan), dan Pelan WB128 (Max Plan), untuk pelanggan U Mobile baharu dan sedia ada yang telah melanggan kepada pelan pascabayar Giler Unlimited GX68, Unlimited HEROP79, P99 atau P139.

Para pelanggan boleh menikmati diskaun ini selama 24 bulan.

Ini bermakna pelanggan yang layak boleh menikmati faedah Pelan WB88 dengan hanya RM44 sebulan untuk jangka masa dua tahun.

Promosi ini bermula dari 11 Mac 2021 dan hanya akan ditawarkan untuk tempoh yang terhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Ultra Unlimited Wireless Broadband, sila layari  www.u.com.my/wbb .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.