Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Awesome Unpacked akan berlangsung 17 Mac ini – Galaxy A52 dan A72 2021 akan diperkenalkan

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis Galaxy Awesome Unpacked akan berlangsung pada 17 Mac ini.

Buat masa ini Samsung Belum mendedahkan apakah inipati pelancaran Galaxy Awesome Unpacked ini namun berdasarkan nama ‘ Galaxy Awesome’, kita mungkin menyaksikan Samsung memperkenalkan generasi baru telefon pintar siri Galaxy A.

Siri Galaxy A adalah antara telefon pintar mid-range penting bagi syarikat gergasi Korea ini khususnya kerana sentiasa akan berada didalam senarai telefon pintar terlaris dipasaran.

Samsung Galaxy Awesome Unpacked dijangka akan menyaksikan Samsung memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model Galaxy A iaitu Galaxy A52 dan Galaxy A72 ( dalam varian 4G dan 5G).

Pelancaran Galaxy Awesome Unpacked akan berlangsung didalam masa 7 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.