Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo iQOO Neo5 akan dilancarkan pada 16 Mac 2020 – cip Snapdragon 870


Beberapa laporan sebelum ini telah mendedahkan bahawa anak syarikat vivo iaitu iQOO bakal melancarkan satu model baru yang dikenali sebagai iQOO Neo5 bulan hadapan.

Kini, syarikat ini secara rasminya telah mengesahkan perkara ini dan tarikh pelancaran vivo iQOO Neo5 ini juga telah disahkan iaitu pada 16 Mac 2020.

Ini merupakan pengesahan rasmi pertama iQOO mengenai kewujdan iQOO dan berdasarkan laporan awal, telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 870, skrin paparan yang dibekalkan oleh Samsung, pengecasan pantas 88W dan pengecasan tanpa wayar 66W.

Selain itu, Vivo iQOO Neo5 juga akan hadir dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Bulan Mac dilihat akan menjadi bulan sibuk bagi pasaran telefon pintar kerana banyak telefon pintar akan dilancarkan secara rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.