Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : iQOO Z11 5G – Bateri Gergasi, Prestasi Padu

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 1

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 2

Pengenalan

iQOO Z11 5G kini rasmi di pasaran Malaysia dengan membawa slogan berani dan penuh karakter iaitu BOEKK DO!”. iQOO Z11 5G secara asasnya disasarkan kepada pengguna yang mahukan prestasi padu, bateri tahan lama dan pengalaman gaming lancar menjadikanya  pilihan menarik dalam kelas pertengahan.

Sama ada untuk gaming, hiburan harian atau tugasan harian, peranti ini dilihat mampu memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan pada harga kompetitif. Jadi, adakah iQOO Z11 5G benar-benar “BOEKK DO” seperti slogannya? Ini ulasan penuh kami.

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 3

Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, iQOO Z11 5G tampil dengan identiti yang premium walaupun berada dalam kategori kelas pertengahan. Peranti ini membawa kemasan belakang matte yang terasa lebih halus apabila dipegang, selain membantu mengurangkan kesan cap jari dan memberikan cengkaman lebih baik ketika penggunaan harian.

Selain itu, ianya juga memiliki rekaan sisi serta bucu yang dibulatkan untuk memberi pengalaman genggaman yang lebih ergonomik, terutama ketika bermain game dalam mod landskap untuk tempoh lama.

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 4

Seterusnya. iQOO Z11 memiliki ketebalan sekitar 8.25mm dan berat 219gram yang ianya boleh dikatakan masih nipis dan ringan walaupun hadir dengan kapasiti bateri besar. iQOO cuba memberi keseimbangan baik antara keselesaan penggunaan dan ketahanan bateri tanpa menjadikan telefon terasa terlalu tebal atau berat.

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 5

Beralih ke bahagian modul kamera pula, iQOO Z11 5G tampil dengan rekaan “floating porthole” yang menyerlahkan imej moden dan futuristik. Camera Ring iQOO Z11 pula hadir dengan Laser-Engraved Diamond Pattern yang menampilkan tekstur berkilau dan kemasan lebih teliti. Corak halus ini bukan sahaja mencantikkan modul kamera, malah menambah elemen premium serta memberikan efek visual yang lebih menonjol apabila terkena cahaya.

Dari segi ketahanan, iQOO Z11 5G hadir dengan binaan lasak yang direka untuk penggunaan harian yang mencabar. Ia menyokong penarafan IP68 dan IP69, memberikan perlindungan tinggi terhadap habuk serta air.

Telefon ini turut melepasi ujian ketahanan bertaraf ketenteraan, termasuk rintangan suhu tinggi, pendedahan hujan, hentakan dan jatuhan semasa pengangkutan. Ini memberi keyakinan bahawa ia dibina untuk tahan lebih lama dalam pelbagai keadaan.

Pada bahagian hadapan, iQOO Z11 5G menggunakan struktur kusyen pelindung menyeluruh yang membantu menyerap hentakan pada bingkai dan bucu telefon. Ia juga dilengkapi Shield Glass yang diperkukuh untuk meningkatkan daya tahan skrin daripada retak atau calar akibat impak harian.

Lebih lanjut, telefon ini juga menyokong Wet-Hand Touch dan Greasy-Hand Touch, membolehkan skrin masih responsif walaupun tangan basah selepas membasuh tangan atau berminyak ketika memasak dan makan.

Sebagai tambahan, terdapat fungsi One-Tap Water Ejection / Dust Ejection yang menggunakan getaran bunyi untuk membantu mengeluarkan air dan habuk daripada pembesar suara serta ruang kecil pada peranti. Ini memudahkan penjagaan selepas terkena air atau habuk.

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 6

Skrin

 iQOO Z11 5G  hadir dengan skrin paparan bersaiz 6.83-inci, sekali gus menjadikannya antara yang terbesar dalam segmennya. Ianya menggunakan panel AMOLED dengan resolusi 1.5K yang menyokong sehingga 1.07 bilion warna dan kadar segar semula 144Hz.

Selain itu, tahap kecerahan panel skrin ini juga tinggi kerana ia  mampu mencecah sehingga 2000 nits global peak brightness dan 5000 nits local peak brightness menjadikanya jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terang.

Bagi aspek keselesaan mata pula, iQOO turut melengkapkan skrin ini dengan pensijilan SGS Low Blue Light dan SGS Low Flicker. Selain itu, teknologi 2160Hz PWM dimming untuk suasana gelap serta DC-like dimming pada kecerahan tinggi membantu mengurangkan keletihan mata ketika penggunaan lama.

Mod Anti-Motion Sickness

Dengan Motion Prompts, petunjuk animasi pada skrin akan bergerak mengikut pergerakan kenderaan, membantu mengurangkan rasa tidak selesa atau mabuk ketika melihat skrin semasa dalam perjalanan. Ujian menunjukkan kadar kelegaan sehingga 87%.

Mod Sleep Comfort

Selaras dengan ritma sirkadian semula jadi badan, Sleep Comfort Mode akan melaras suhu warna skrin secara automatik sebelum waktu tidur, sambil mengurangkan kesan cahaya biru terhadap penghasilan melatonin secara berperingkat bagi membantu meningkatkan kualiti tidur (paras melatonin meningkat sebanyak 25%)

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 7

Pemproses

iQOO Z11 5G hadir dengan penggunaan cipset Snapdragon 7s Gen 4 Mobile Platform, menjadikannya peranti pertama dalam segmen ini yang menampilkan cip berkuasa tersebut. Keupayaan pemprosesan ini juga terbukti melalui skor AnTuTu Benchmark mencecah 1,200,000 mata bagi varian 12 GB + 256 GB.

Bagi penggemar tegar permainan video mudah alih, iQOO Z11 5G menawarkan Long-Term Frame Rate Stability yang luar biasa dan 7000 mm² Efficient Cooling System (VC) untuk penyebaran haba pantas.

Selain itu, iQOO juga menjanjikan 60-Month Smooth Experience, bermaksud pengguna boleh menikmati kelancaran peranti seolah-olah hari pertama penggunaan walaupun selepas 5 tahun. Dari segi perisian, ia disokong dengan 3 generasi kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan.

Dari segi sistem operasi, iQOO Z11 5G hadir dengan sistem operasi OriginOS6 yang membawakan pelabagi ciri baharu yang sedikit sebanyak meningkatkan pengalaman penggunaan peranti.

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 8

Origin Island

iQOO Z11 5G hadir dengan ciri Origin Island yang berfungsi sebagai ruang notifikasi pintar di bahagian atas skrin. Ia memaparkan maklumat penting secara masa nyata dalam bentuk kapsul dinamik, seperti status bateri, rakaman suara, sambungan peranti audio, serta kemajuan aktiviti seperti penghantaran makanan atau muzik yang sedang dimainkan.

Selain itu, Origin Island juga menyokong fungsi Copy & Go dan Drag & Go, yang membolehkan pengguna menyalin atau menyeret teks, imej atau maklumat terus ke kawasan tersebut untuk membuka aplikasi berkaitan secara automatik. Contohnya, nombor telefon boleh terus dibuka dalam aplikasi panggilan, manakala imej boleh dikongsi dengan cepat ke aplikasi sosial.

Ciri ini turut menawarkan Suggestion Island, di mana sistem akan memberi cadangan pintar berdasarkan situasi penggunaan, seperti navigasi perjalanan harian atau maklumat mesyuarat. Secara keseluruhan, Origin Island membantu menjadikan interaksi dengan peranti lebih pantas dan praktikal tanpa perlu menukar aplikasi secara manual.

AI Search – Masalah mencari fail lama atau mesej yang terselindung kini selesai dengan AI Search. Berbeza dengan carian biasa, ia memahami bahasa natural. Anda tidak perlu ingat nama fail yang tepat; cukup sekadar menaip “laporan akademik bulan lepas” atau “tempahan hotel di Kuala Lumpur”, dan AI akan memaparkan dokumen tersebut dengan tepat.

AI Creation – Sama ada anda buntu mencari idea atau ingin memurnikan e-mel rasmi, AI Creation sedia membantu. Ciri ini bertindak sebagai editor peribadi yang boleh:

• Summarize: Memendekkan teks yang panjang.

• Polishing: Membaiki gaya bahasa agar lebih profesional.

• Templat Pintar: Membantu menghasilkan draf untuk artikel, nota mesyuarat, dan perkongsian kreatif dengan lebih efisien.

AI Captions

AI Captions bukan sekadar memaparkan sari kata, tetapi berfungsi sebagai pembantu mesyuarat yang lengkap:

  • Transkripsi Real-Time: Menukar percakapan terus kepada teks supaya anda tidak perlu lagi menyalin nota secara manual.
  • Terjemahan Langsung: Menyokong pelbagai bahasa (termasuk Melayu, Inggeris, dan Cina) untuk memudahkan komunikasi antarabangsa.
  • Ringkasan Pintar: Selepas mesyuarat tamat, anda boleh menjana ringkasan (summary) tentang perkara penting yang dibincangkan dengan hanya satu klik.

One-Tap Transfer

Selain itu, iQOO Z11 5G  turut menawarkan ciri One-Tap Transfer, yang memudahkan proses pemindahan fail antara peranti. Dengan hanya mendekatkan dua peranti, pengguna boleh menghantar gambar, video dan dokumen dengan pantas tanpa perlu melalui proses pairing yang rumit.

Menariknya, fungsi ini bukan sahaja terhad kepada sesama peranti vivo, tetapi juga menyokong pemindahan ke peranti Apple (iPhone) dengan syarat iPhone tersebut memiliki aplikasi EasyShare.

 Lebih lanjut, ciri popular lain yang turut disertakan pada iQOO Z11 adalah Circle to Search, Google Gemini dan vivo DocMaster untuk pengurusan dokumen yang lebih menyeluruh.

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 5

Kamera

Bahagian kamera iQOO Z11 5G hadir dengan sensor utama sensor Sony IMX882 50MP yang turut digabungkan dengan OIS (Optical Image Stabilization), gambar lebih stabil dan kurang blur terutama waktu malam atau ketika tangan bergerak sedikit. Sensor kedua di belakang pula ialah sensor Bokeh 2MP yang membantu efek latar belakang kabur ketika menggunakan mod portrait .

Dari segi hasil gambar, kamera utama ini sesuai untuk pengguna yang suka ambil gambar harian, makanan, travel dan potret. Dynamic range juga nampak baik, jadi kawasan terang dan gelap dalam satu gambar masih dapat dikawal dengan kemas. Untuk rakaman video pula, ia menyokong 4K recording, memberi hasil lebih jelas dan tajam berbanding video biasa.

Pada bahagian depan, iQOO Z11 5G hadir dengan sensor selfie 32MP, jadi gambar selfie lebih detail dan sesuai untuk video call atau content creator yang aktif di media sosial.

Dalam pada itu, iQOO turut menawarkan fungsi fotografi AI seperti AI Erase, AI enhancement dan mod malam yang membantu hasil gambar nampak lebih cantik tanpa perlu edit .

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 22

Bateri

iQOO Z11 5G menjadi telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar pernah dilancarkan dengan bateri BlueVolt berkapasiti 9,020mAh. Bateri ini memiliki kandungan silikon dan ketumpatan tenaga 879 Wh/L. Bahan anod silikon-karbon generasi keempat menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi berbanding anod grafit tradisional, membolehkan lebih banyak tenaga disimpan dalam isipadu yang sama. Ini membolehkan bateri berkapasiti besar dihasilkan sambil mengekalkan reka bentuk yang sangat nipis.

Bateri BlueVolt memberikan jangka hayat bateri yang lebih panjang dan kekal sihat sehingga 5 tahun. Terdapat juga fungsi had pengecasan yang boleh ditetapkan pada 70%, 80%, 90% atau 100%. Jika had ditetapkan pada 90%, jangka hayat bateri akan meningkat sebanyak 20%. Jika had ditetapkan pada 80%, jangka hayat bateri akan meningkat sehingga 50%.

Selain itu, iQOO Z11 5G juga hadir dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge yang boleh mengecas dari 1% hingga 50% dalam masa secepat 37 minit (mencapai 3% dalam 5 minit dan 12% dalam 10 minit).

Untuk gamers, fungsi Bypass Charging mengurangkan tekanan pafa bateri semasa sesi gaming panjang dengan menyalurkan kuasa terus ke peranti. Selain itu, Battery Life Extender memastikan fungsi penting seperti panggilan masih tersedia walaupun pada tahap 1%. Ciri seperti Perlindungan Overnight Charging dan komitmen kesihatan bateri selama 5 tahun melengkapkan sistem bateri yang dibina untuk penggunaan jangka panjang. Ia juga menyokong Reverse Charging.

ULASAN : iQOO Z11 5G - Bateri Gergasi, Prestasi Padu 23

Penutup

Secara keseluruhan, iQOO Z11 5G tampil sebagai sebuah telefon pintar yang sangat “battery-focused” dengan  bateri 9020mAh BlueVolt, sokongan 90W FlashCharge, skrin AMOLED 144Hz, kamera Sony 50MP dan cip kelas pertengahan-tinggi yang stabil untuk multitasking dan gaming.

Untuk pasaran Malaysia, iQOO Z11 5G ditawarkan pada harga bermula sekitar RM1,599 bagi varian asas 8GB + 256GB, manakala varian tertinggi (12/256GB) ditawarkan pada harga sekitar RM2,199.

Dapatkan iQOO Z11 5G di vivo estore

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.