Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 14 kini digunakan 80% pengguna aktif iPhone

Apple iOS 14 kini digunakan 80% pengguna aktif iPhone 7
Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa 80% daripada pengguna aktif iPhone kini menggunakan sistem operasi iOS 14 yang juga meliputi 86% daripada model iPhone yang diperkenalkan dalam sejak 4 tahun kebelakangan ini.

Apple iOS 14 kini digunakan 80% pengguna aktif iPhone 8

Sebagai perbandingan, pada bulan Disember yang lalu, Apple mendedahkan bahawa iOS 14 kini digunakan pada 72% pengguna iPhone yang aktif atau sekitar 81% daripada model iPhone yang diperkenalkan didalam sejak 4 tahun kebelakangan ini.

Apple iOS 14 kini digunakan 80% pengguna aktif iPhone 9

Bagi iPadOS 14 pula, 70% pengguna aktif iPad kini menggunakan sistem operasi terbaru Ini manakala 84% daripada pemilik iPad yang dilancarkan dalam jangka masa 4 tahun menggunakan iPadOS 14.

Selain itu, Apple juga mendedahkan bahawa 12% daripada pengguna aktif iPhone masih menggunakan iOS 13 manakala 2% menggunakan sistem operasi iOS 12 dan ke bawah.

Kadar 80% pengguna iPhone yang menggunakan iOS 14 membuktikan penawaran kemaskini Apple yang sangat efektif dan meliputi sehingga model yang berusia hampir 5 tahun.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.