iQOO Z11 5G dan Z11x 5G kini di Malaysia – kapasiti bateri melebihi 9,000mAh

iQOO Malaysia secara rasminya telah melancarkan iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G di Malaysia yang dikenali sebagai “Super Power, Super Calm”, dengan menggabungkan prestasi tinggi dengan hayat bateri yang tahan lama.
iQOO Z11 5G
iQOO Z11 5G menampilkan reka bentuk Floating Porthole bertaraf flagship, membawa estetika kamera terapung khas iQOO ke segmen pertengahan namun ketebalan peranti hanya 8.25mm manakala berat adalah 213g. Ia turut dilengkapi IP68 & IP69, pensijilan gred tentera, Shield Glass dengan pengukuhan berganda, serta struktur kusyen menyeluruh untuk perlindungan jatuh.
Terus ke spesifikasi, iQOO Z11 5G hadir dengan skrin paparan 1.5K AMOLED Esports berukuran 6.83-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits dan 2000 nits HBM.
iQOO Z11 5G dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 4, menawarkan peningkatan sehingga 7% pada prestasi CPU dan GPU berbanding generasi bersama 12GB RAM LPDDR4X, storan dalaman sehingga 256GB jenis UFS 3.1. Ia juga memiliki sistem penyejukan IceCore menampilkan VC ultra-besar 7000 mm², digabungkan dengan helaian grafit pirolitik berprestasi tinggi dan sistem kawalan suhu pintar iQOO.
Lebih lanjut, iQOO Z11 5G ini dikuasakan oleh OriginOS 6 dan Origin Smooth Engine, iQOO Z11 5G menjanjikan pengalaman lancar selama 60 bulan, dengan 3 generasi kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan. Ciri seperti Origin Island, Drag & Go, dan Copy & Go memudahkan multitugas, manakala fungsi AI seperti AI Captions, AI Creation, AI Transcript Assist dan vivo DocMaster meningkatkan produktiviti pelajar.
Dengan Circle to Search bersama Google dan Google Gemini, pencarian maklumat menjadi lebih pantas dan intuitif.
Beralih ke kamera, iQOO Z11 5G juga memiliki sensor kamera utama 50MP bersama OIS dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie 32MP.
Selain itu, iQOO Z11 5G juga menampilkan antara bateri terbesar pernah dilihat pada peranti iQOO, iaitu bateri Silicon BlueVolt 9020mAh hasil teknologi anod silikon generasi keempat dengan kandungan silikon 16% dan ketumpatan tenaga 879 Wh/L.
Dalam pada itu, telefon pintar ini juga membawakan teknologi pengecasan pantas 90W FlashCharge dan perlindungan keselamatan 25 dimensi serta fungsi Bypass Charging mengurangkan tekanan bateri semasa sesi gaming panjang dengan menyalurkan kuasa terus ke peranti.
iQOO Z11 5G hadir dalam warna Glacier Blue dan Cosmic Black dengan varian 12GB + 256GB pada harga RM2,199, manakala versi 8GB + 256GB (dalam talian sahaja) berharga RM1,899.
Sepanjang tempoh jualan pertama (6–17 Mei 2026), pelanggan boleh menikmati manfaat sehingga RM396 termasuk beg galas iQOO percuma, iQOO Buds Air, jaminan lanjutan setahun, dan perlindungan skrin retak selama 180 hari (selagi stok masih ada). Pembelian boleh dibuat melalui TikTok Shop rasmi iQOO, Shopee, Lazada, dan kedai konsep vivo.
iQOO Z11x 5G
Sementara itu, iQOO Z11x 5G menawarkan prestasi harian yang boleh dipercayai dengan pemproses MediaTek Dimensity 7400 Turbo, bateri besar 7200mAh, 44W FlashCharge, serta ketahanan habuk dan air IP68 dan IP69 untuk kegunaan harian yang lasak.
Selain iQOO Z11x 5G memiliki skrin paparan LCD berukuran LCD berukuran 6.76-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Bersama cip Dimensity 7400 Turbo, iQOO Z11x 5G juga memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.
Beralih ke kamera, iQOO Z11x 5G juga memiliki sensor kamera utama 50MP bersama OIS dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie 32MP.
Lebih lanjut, iQOO Z11x 5G ini dikuasakan oleh OriginOS 6 dan Origin Smooth Engine, iQOO Z11 5G menjanjikan pengalaman lancar selama 60 bulan, dengan 3 generasi kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan.
iQOO Z11x 5G pula tersedia dalam talian sahaja dengan harga RM1,599 (8GB + 256GB) dan RM1,299 (8GB + 128GB). Sepanjang kempen sama, pembeli akan menerima manfaat sehingga RM267 termasuk beg galas iQOO percuma serta jaminan lanjutan dan perlindungan skrin.






