Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A93 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja

Oppo A93 Malaysia
Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo A93 ke pasaran Malaysia dan telefon pintar midrange ini akan ditawarkan di pasaran tempatan mulai 10 Oktober ini pada harga RM 1,299.

Menerjah terus kepada spesifikasi, Oppo A93 dilihat sebagai model jenama semula yang berasaskan Oppo F17 Pro yang ditawarkan dipasaran India.

Oppo A93 hadir dengan skrin paparan dual punch-hole Super AMOLED FHD+ 6.34-inci dengan reka bentuk yang nipis iaitu hanya 7.4mm.

Dari segi dalaman, Oppo A93 dilengkapi dengan pemproses MediaTek Helio P95, 8GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri 4,000mAh yang lengkap pengecasan pantas 18W.

Kamera belakang Oppo A93 ini terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor wide angle 8MP dan 2 sensor mono 2MP manakala dua unit kamera selfie adalah satu sensor 16MP dan satu sensor depth 2MP.

Selain itu, Oppo A93 juga memiliki sensor capjari terbina dalam skrin ( In-Display Fingerprint 3.0), ColorOS 7.2, slot microSD dan sokongan dwi-SIM.

Oppo A93 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 6 hingga 9 Oktober 2020 dimana setiap pembelian akan menerima payung eksklusif Oppo dan OPPO Bluetooth speaker.

Oppo A93 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Metallic White dengan harga penjualan RM 1,299.

Penjualan rasmi akan bermula dari 10 Oktober di OPPO Brand Store ,OPPO Official Online Store dan OPPO Official Dealer Store yang terpilih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.