Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7i akan tiba di Malaysia pada 13 Oktober ini


Selepas memperkenalkan realme 7 Pro dan realme 7 ke pasaran Malaysia, realme Malaysia kini telah mengesahkan bahawa realme 7i akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

realme 7i telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober ini dan telefon pintar ini dikatakan akan turut hadir dengan skrin paparan 90Hz Ultra Smooth Display.

Selain daripada itu, tidak banyak yang diketahui mengenai realme 7i namun berdasarkan maklumat dari laman web realme Indonesia, realme 7i akan hadir dengan pemproses Snapdragon 662, 64MP Quad Camera AI, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W dan kamera selfie 16MP.

Dengan pelancaran tempatan hanya berbaki seminggu sahaja lagi, kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan maklumat rasmi realme 7i ini.

Anda juga boleh menonton majlis pelancaran rasmi realme 7i di Facebook realme Malaysia pada 13 Oktober ini(jam 12 tengahari).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.