Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini di Malaysia dengan harga serendah RM 1,699 sahaja

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini di Malaysia dengan harga serendah RM 1,699 sahaja 5Xiaomi Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan siri Xiaomi Mi 10T ke pasaran tempatan dan ianya akan hadir ke pasaran Malaysia pada harga dari RM 1,699 sahaja.

Siri Xiaomi Mi 10T terdiri daripada 3 model namun buat masa ini Xiaomi Malaysia hanya akan menawarkan Mi 10T Pro dan Mi 10T ke pasaran tempatan.

Xiaomi Mi 10T merupakan model yang dijangka akan mendapat sambutan luar biasa di Malaysia khususnya kerana reputasi peranti ini sebagai telefon pintar 5G yang disasarkan untuk semua.

Menyentuh sedikit spesifikasi Xioami Mi 10T Pro dan Mi 10T, ianya ditawarkan dengan skrin paparan 144Hz, pemproses Snapdragon 865, bateri 5,000mAh dan banyak lagi.

Untuk mengetahui spesifikasi penuh Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T, anda boleh membaca laporan pelancaran > Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini rasmi – Skrin 144Hz, SD 865 dan bateri 5,000mAh

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini di Malaysia dengan harga serendah RM 1,699 sahaja 6

Harga Penjualan Xiaomi Mi 10 Pro dan Mi 10T  di Malaysia adalah seperti berikut :

Xiaomi Mi 10T Pro 8/256GB – RM 1,999
Xiaomi Mi 10T 8/128GB – RM 1,699

Pembelian Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T boleh dilakukan secara atas talian di Lazada mulai 9 Oktober.

Setiap pembelian Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T juga akan menerima 6 bulan langganan Neflix (mobile plan) secara percuma.

Xiaomi Mi 10T Pro dan Xiaomi Mi 10T juga hadir dengan waranti 24 bulan dan 6 bulan perlindungan skrin.

Xiaomi Malaysia juga akan mengadakan roadshow Siri Xiaomi Mi10T di Sunway Pyramid mulai esok dimana pembeli terawal akan menerima hadiah menarik eksklusif yang amat terhad.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.