Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Honor 9A pada harga RM 499 melalui Kempen pembelian O2O mulai 15 Ogos ini



* kemaskini 14/08 : Honor Malaysia mengesahkan harga penjualan promosi O2O Honor 9A ini adalah RM 499 dan bukanya RM 479 seperti yang diumumkan sebelum ini

Honor Malaysia telah mengumumkan satu promosi khas yang membolehkan anda memiliki Honor 9A pada harga RM 499 sahaja dengan promosi ini akan bermula dari 15 hingga 31 Ogos 2020.

Pada setiap hujung minggu bermula minggu ini, anda boleh memiliki Honor 9A pada harga RM 499 iaitu penjimatan sebanyak RM 50 apabila anda membuat pembelian di laman rasmi hihonor sebelum mengambil peranti anda di stor fizikal Honor yang berdekatan.

Selain penjimatan sebanyak RM 50, anda juga akan menerima satu unit lampu muzik secara percuma apabila anda membeli Honor 9A melalui kempen O2O (Online-to-Offline).

Untuk maklumat spesifikasi Honor 9A, anda boleh membaca laporan pelancaran Honor 9A atau baca ULASAN : Honor 9A Malaysia – Telefon Pintar Bajet Yang Memiliki Bateri Luar Biasa

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.