Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K30 Ultra kini rasmi – skrin 120Hz, pemproses Dimensity 1000+ dengan harga serendah RM 1,206

Redmi K30 Ultra kini rasmi - skrin 120Hz, pemproses Dimensity 1000+ dengan harga serendah RM 1,206 3Selain pelancaran Xiaomi Mi 10 Ultra, Xiaomi juga telah memperkenalkan Redmi K30 Ultra yang hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 1000+

Selain daripada itu, Redmi K30 Ultra juga hadir dengan skrin paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.67” dan pengecasan pantas 33W (bateri 4,500mAh).

Selain daripada spesifikasi yang kami telah senaraikan, spesifikasi lain Redmi K30 Ultra adalah sama seperti Redmi K30 Pro.

Redmi K30 Ultra

spesifikasi Redmi K30 Ultra adalah seperti berikut:

  • Skrin FHD+ AMOLED 6.67” – 120Hz
  • MediaTek Dimensity 1000+ (5G)
  • 6/8GB RAM
  • Storan dalaman 128/256/512GB
  • Bateri 4,500mAh (pengecasan pantas 33W)
  • MIUI 12 (Android 10)
  • Pembesar suara stereo
  • Quad-Kamera 64MP + ultrawide 13MP + sensor makro 5MP + sensor depth 2MP
  • Kamera selfie pop-up 20MP.

Berikut adalah harga penjualan Redmi K30 Ultra :

Redmi K30 Ultra 6/128GB – CNY 1,999 (RM 1,206)

Redmi K30 Ultra 8/128GB – CNY 2,199 (RM 1,327)

Redmi K30 Ultra 8/256GB – CNY 2,499 (RM 1,508)

Redmi K30 Ultra 8/512GB – CNY 2,699 (RM 1,629)

Status penawaran Redmi K30 Ultra ke pasaran Antarabangsa masih belum diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.