Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Honor 9A Malaysia – Telefon Pintar Bajet Yang Memiliki Bateri Luar Biasa

Honor 9A Malaysia
ULASAN : Honor 9A Malaysia – Telefon Pintar Bajet Yang Memiliki Bateri Luar Biasa

Selepas memperkenalkan Honor 9X Lite ke pasaran Malaysia baru-baru ini, Honor Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi model telefon pintar bajet dan telefon pintar dikenali sebagai Honor 9A.

Honor 9A adalah pertaruhan terbaru Honor bagi pasaran kelas entry-level yang amat kompetitif di Malaysia.

Honor 9A kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 549 dan anda boleh mendapatkan didalam dua pilihan warna iaitu Phantom Blue atau Midnight Black seperti unit reviu kami.

Reka Bentuk & Skrin Paparan

Honor 9A hadir dengan reka bentuk yang sangat ringkas dengan kemasan panel belakang berkilat seakaan gelas namun adalah panel plastik.

Walaupun hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar kelas entry-level, panel belakang Honor 9A ini memberikan bayangan kemasan premium dan penawaran modul kamera yang tidak terbonjol keluar dari panel belakang juga sesuatu yang patut diberikan pujian.

Honor 9A juga memiliki potongan sensor capjarj pada bahagian belakang dan ingin juga kami perkatakan bahawa panel ini merupakan panel yang amat tertarik dengan capjari pengguna.

Honor 9A hadir dengan ukuran dimensi 159.07 mm x 74.06 mm x 9.04 mm dengan berat hanya 180 gram walaupun telefon pintar ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh.

Pada bahagian hadapan, Honor 9A memiliki panel  Honor FullView Display yang berukuran 6.3-inci. Ianya memiliki nisbah skrin kepada badan 88.4% yang mana nisbah ni bukanlah yang tinggi apabila dibandingakan dengan peranti Honor yang lain.


Ini mungkin disebabkan oleh bezel pada bahagian bawah yang lebih besar berbanding bezel sisi dan atas dengan saiz takukan yang menempatkan kamera selfie juga kecil.

Panel LTPS LCD berukuran 6.3-inci yang dimiliki Honor 9A memiliki resolusi HD+ yang mana ianya sesuatu yang harus anda terima pada telefon pintar bajet seperti ini.

Walaubagaimanapun panel ini dilihat mampu memenuhi keperluaan pengguna sasaran telefon pintar ini yang lebih memfokuskan kepada golongan pengguna pertama atau warga emas.

Skrin dengan resolusi 1600×720 piksel ini juga memiliki kepadatan pikse 278ppi yang mana ianya tidak terlalu tinggi namun paparan ini memberikan anda pengalaman skrin yang memuaskan tanpa sebarang masalah.

Pemproses

Apabila Honor melancarkan sesuatu telefon pintar, anda pasti tahu bahawa ianya akan dilancarkan cipset Kirin, namun Honor 9A telah disertakan dengan pemproses keluaran MediaTek iaitu Helio P22 dan faktor utama Honor menggunakan cipset daripada MediaTek kerana kos.

Pemproses Helio P22 adalah pemproses 64-bit yang dikeluarkan oleh MediaTek pada awal tahun 2018 yang bermaksud ianya telah berada dipasaran sekitar 2 tahun.

Honor 9A ini juga dipadankan dengan 3GB RAM manakala storan dalaman adalah 64GB.

Pengunaan cipset Helio P22 juga bermaksud anda tidak akan menerima GPU Turbo dan ianya hadir dengan Android 10.0.

Seperti telefon pintar terkini Honor, Honor 9A juga tidak mempunyai Google Mobile Services yang bermaksud anda tidak dapat menggunakan servis Google seperti YouTube, Gmail dan Google Play Store secara ‘rasmi’.

Walaubagaimanapun, Honor 9A memiliki Huawei Mobile Services yang memberikan anda alternatif terbaik untuk memenuhi keperluan telefon pintar anda dan Huawei AppGallery juga berfungsi sebagai stor aplikasi utama anda.

Huawei AppGallery kini merupakan stor aplikasi ketiga terbesar dunia dengan hampir 700 juta pengguna aktif setiap bulan dan ianya kini dibanjiri pelbagai aplikasi Android kegemaran anda yang anda perlu.

HUAWEI juga telah berkerjasama dengan pelbagai pembangun aplikasi tempatan untuk memberikan anda akses rasmi kepada aplikasi perbankan seperti Maybank2U dan aplikasi penstriman seperti Astro Go.

Kamera

Honor 9A hadir dengan tetapan tri-kamera yang mana ianya memiliki sensor utama 13MP, sensor ultra-wide 5MP dan sensor depth 2MP untuk memberikan anda kesan bokeh yang baik.

Kamera yang dimiliki oleh Honor 9A boleh dikatakan hadir sebagai pelengkap sahaja dan tidak banyak fungsi menarik ditawarkan pada telefon pintar ini dan tiada juga sokongan mod malam.

Hasil gambar yang diambil menggunakan Honor 9A boleh dikatakan berada pada tahap memuaskan iaitu pada tahap harga bajet namun kamera ini hadir dengan limitasi yang tersendiri seperti ketiadaan bantuan AI dan banyak lagi.

Honor 9A juga hadir dengan sokongan rakaman video pada resolusi 1080p manakala kamera selfie adalah unit 8MP.

Secara keseluruhanya, Honor 9A memiliki kombinasi kamera yang memadai untuk pengguna baru yang memerlukan kamera untuk pengambilan gambar secara biasa.

Berikut adalah gambar yang diambil menggunakan Honor 9A


Bateri

Tarikan terbesar Honor 9A adalah bateri yang dimiliki telefon pintar ini iaitu bateri berkapasiti 5,000mAh.

Walaupun memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh, Honor 9A hadir dengan profil reka bentuk yang sangat nipis iaitu hanya 9.04mm.

Pengecasan Honor 9A ini masih dilakukan melalui slot microUSB dengan pengecasan penuh dijangka akan mengambil masa sekitar 2 jam 42 minit untuk selesai.

Jangka hayat bateri yang ditawarkan pada Honor 9A adalah sangat baik dimana ianya mampu menawarkan pengunaan hampir dua hari tanpa perlu mengecas semula.

Penutup

Honor 9A dilihat sebagai satu lagi telefon pintar bajet Honor yang mampu mendapat sambutan baik dipasaran Malaysia.

Dengan harga penjualan RM 549, Honor 9A adalah telefon pintar yang sesuai untuk menjadi peranti sampingan anda.

Honor 9A kini sudah ditawarkan di Malaysia dengan pembelian boleh dibuat melalui stor Honor Experience Store (HES) , Shopee atau Hihonor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.