Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9A kini rasmi dengan harga penjualan RM 549 sahaja

Honor 9A kini rasmi dengan harga penjualan RM 549 sahaja 1Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 9A ke pasaran global dan sejurus selepas pelancaran ini, Honor Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Honor 9A akan memasuki pasaran tempatan mulai 26 Jun ini pada harga RM 549 sahaja.

Honor 9A kini rasmi dengan harga penjualan RM 549 sahaja 2

Terus kepada spesifikasi, walaupun hadir sebagai telefon pintar kelas entry-level, Honor 9A masih menawarkan bateri berkapasiti 5,000mAh selain skrin paparan Dewdrop 6.3-inci pada resolusi HD+.

Honor 9A kini rasmi dengan harga penjualan RM 549 sahaja 3

Selain itu, Honor 9A juga disertakan dengan pemproses MediaTek Helio 6762R atau Helio P22 yang dipadankan dengan 3GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Honor 9A kini rasmi dengan harga penjualan RM 549 sahaja 4

Beralih kepada kamera, Honor 9A juga hadir dengan panel tri-kamera dibelakang iaitu sensor utama 13MP, sensor super-wide 5MP 120° dan sensor depth 2MP manakala kamera swafoto adalah unit 8MP dengan beauty mode.

Honor 9A juga memiliki antaramuka Magic UI 3.1 dan HMS sebagai pengganti kepada GMS.

Honor 9A kini rasmi dengan harga penjualan RM 549 sahaja 5

Honor 9A akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 26 Jun hingga 5 Julai 2020 di Honor Experience Store namun bagi anda yang mahu membelinya secara atas talian, penjualan akan bermula pada 26 Jun di Hihonor dan HONOR official store di  Shopee  bermula jam 12 tengahari.

Setiap pra-tempahan dan pembelian secara online juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 218 iaitu beg galas Honor, botol minuman Honor dan 15GB storan HUAWEI Cloud.

Honor 9A kini rasmi dengan harga penjualan RM 549 sahaja 6
Pembelian di HES selepas tempoh pra-tempahan akan menerima botol minuman Honor dan 15GB storan HUAWEI Cloud.

Honor 9A akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Phantom Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.