Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI kini berada di tempat ke-49 dalam senarai Fortune 500 pada tahun 2020

Huawei Fortune 500
HUAWEI telah menduduki tempat ke-49 dalam senarai Fortune Global 500 pada tahun 2020.

Ini merupakan kali pertama HUAWEI berada didalam kelompom 50 syarikat teratas, meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Keuntungan bersih HUAWEI meningkat 5.6% pada tahun 2019, manakala jumlah pendapatan pula meningkat 13.1% dari tahun ke tahun pada separuh pertama tahun 2020, walaupun terdapat perselisihan geopolitik syarikat yang berterusan

Senarai Fortune 500 dinilai mengikut pendapatan dan keuntungan syarikat tersebut, dengan fokus pada saiz syarikat.

Kedudukan Fortune 500 juga telah menjadi penanda aras penting yang digunakan syarikat terkenal untuk mengukur ketahanan, saiz dan daya saing antarabangsa syarikat tersebut, satu parameter ekonomi global yang melampaui batas, kebangsaan, dan perbezaan budaya.

Pada awal tahun ini, HUAWEI juga telah menduduki tempat ke-6 dalam senarai Boston Consulting Group dari 50 iairu bagi kategori Syarikat Paling Inovatif pada tahun 2020, Melonjak 42 tangga berbanding tahun lalu, dan ini juga merupakan ranking tertinggi bagi syarikat teknologi itu sejak pertama kali termasuk didalam senarai iti pada tahun 2012.

Dalam perjuangan global melawan COVID-19, HUAWEI telah melipatgandakan usaha inovasi dan melancarkan Program Rakan Anti-COVID-19 yang memfokuskan pada AI, pejabat jarak jauh, penjagaan kesihatan pintar, dan pendidikan dalam talian, untuk menyokong usaha global melawan wabak tersebut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.