Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 4,199 – kini eksklusif di Shopee


Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Black Shark secara rasminya telah mula menawarkan Black Shark 3 Pro me pasaran Malaysia dan ianya turut disertai dengan penawaran
Black Shark Bluetooth Earphones.

Terus kepada harga, Black Shark 3 Pro akan hadir dengan harga penjualan RM 4,199 iaitu bagi kapasiti 12/256GB manakala aksesori Black Shark Bluetooth Earphones pula akan ditawarkan pada harga RM 399.

Black Shark 3 Malaysia

Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee dari 4-10 Jun 2020 dengan 10 pembeli pertama akan menerima baucar Shopee bernilai RM 100.

Selain itu, Bagi 80 pembeli pertama Black Shark 3 Pro pada hari pertama penjualan, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM 600 iaitu Black Shark Gamepad 2.0 sebelah kiri, Gamepad Holder 3.0, 1-tahun waranti skrin retak dan hadiah misteri Black Shark (10 pembeli pertama dapat jugak hadiah percuma).

Selain itu, 70 pembeli pertama pada hari kedua penjualan akan membolehkan anda menikmati hadiah percuma bernilai RM 500 iaitu Black Shark FunCooler, 1-tahun waranti skrin retak dan hadiah misteri Black Shark.

Dapatkan Black Shark 3 Pro di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.