Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme akan melancarkan 5 produk AIoT di Malaysia pada 11 Jun ini – termasuk realme Band dan realme Watch


Selepas baru memperkenalkan realme X3 SuperZoom ke pasaran Malaysia, realme kini nampaknya telah mengalihkan perhatian kepada pelancaran produk AIoT (aksesori pintar) ke pasaran Malaysia.

Pelancaran utama AIoT realme ini telah disahkan akan berlangsung pada 11 Jun ini iaitu pada jam 11 pagi dan berdasarkan gambar yang disertakan realme akan membawa masuk 5 produk terbaru mereka.

5 aksesori pintar yang dilihat akan ditawarkan ke pasaran Malaysia adalah realme Watch, realme Band, realme Buds Q, realme Buds Air Neo dan realme Powerbank 2.

Buat masa ini, realme belum mendedahkan harga penjualan 5 aksesori realme ini namun ianya dijangka memiliki harga penjualan yang amat kompetitif.

Anda boleh menonton majlis pelancaran realme ini di Facebook realme Malaysia pada 11 Jun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.