Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom di nobatkan telefon pintar No.1 di Lazada bagi segmen harga RM 1,500-RM 2,00


telefon pintar realme iaitu X3 SuperZoom telah mula dibuka untuk penjualan semalam dengan harga penjualan istimewa RM 1,799 khas bagi penjualan hari pertama.

Penjualan realme X3 SuperZoom di Lazada telah bermula semalam dan realme kini telah diumumkan sebagai telefon pintar paling laris didalam kategori telefon pintar berharga RM 1,500 – RM 2,000 di Lazada.

Pengesahan ini membuktikan lagi bahawa produk realme sentiasa mendapat sambutan yang baik dan dengan harga penjualan istimewa selama 24-jam, ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan realme X3 SuperZoom ini.

realme X3 SuperZoom ini juga hadir dengan jaminan waranti tambahan selama setahun dan bagi anda yang ingin mendapatkan realme X3 SuperZoom versi 12/256GB, penjualan akan bermula pada 6 Jun pada harga RM 2,299 sahaja.

realme X3 SuperZoom edisi 12/256GB ini akan ditawarkan melalui semua wakil penjual sah realme di seluruh negara.

Tontoni Video Unboxing realme X3 SuperZoom di bawah :

P/s Jangan Lupa Like & Share & Subscribe Youtube kami 🙂

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.