Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Siri Honor Play 4 akan menyokong bacaan suhu badan


Telefon Pintar Siri Honor Play 4 akan menyokong bacaan suhu badan

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran Honor Play4 dan Honor Play4 Pro akan berlangsung esok di China.

Seperti pelancaran telefon pintar lain, Honor Play4 dan Honor Play4 Pro akan memiliki kesemua spesfikasi biasa yang ada pada telefon pintar.

Walaubagaimanapun Honor telah mengesahkan Honor Play4 Pro akan memiliki sensor membaca suhu badan seseorang dan anda pasti tahu sebab ciri ini kini sudah tiba ke telefon pintar.

Sebagai salah satu SOP sebelum anda memasuki mana-mana premis atau kedai, suhu anda akan direkodkan dan dengan telefon pintar seperti ini, ini memudahkan lagi untuk anda membuat bacaan suhu dan anda juga tidak lagi perlu berkongsi dengan sesiapa.

Ciri ini diaktifkan melalui sensor inframerah yang memang telah lama ada pada telefon pintar namun digunakan sebagai alat kawalan peranti elektronik rumah.

Pelancaran Honor Play4 Pro pasti akan membuka mata lebih banyak pengeluar telefon pintar untuk mula menawarkan ciri bacaan suhu pada telefon pintar pada model-model yang akan datang.

Kami akan membuat laporan penuh mengenai Honor Play4 dan Honor Play4 Pro selepas pelancaran esok.

Tonton Video demo bacaan suhu dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.