Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 14 akan ditawarkan kepada semua peranti yang menerima iOS 13


Apple iOS 14 akan ditawarkan kepada semua peranti yang menerima iOS 13

Selain pelancaran Apple iPhone 12 yang dikatakan akan menampilkan 4 model, pelancaran sistem operasi iOS 14 juga adalah sesuatu yang dinanti khususnya bagi pengguna sediada iPhone.

Apple WWDC akan berlangsung pada 22 Jun ini dimana kita akan melihat gambaran awal apakah yang akan dibawakan oleh iOS 14 ini.

Walaubagaimanapun terdapat kata-kata bahawa Apple akan menawarkan iOS 14 kepada semua peranti yang menyokong iOS 13.

Ini bermaksud selain generasi terbaru iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini, senarai model iPhone yang akan menerima iOS 13 adalah seperti berikut:

  • iPhone SE (2020)
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPod touch (Generasi Ke-7)

Ini lah antara kelebihan Apple kerana syarikat ini masih mampu menawarkan kemaskini sistem operasi iOS kepada peranti yang berusia hampir 5 tahun dipasaran.

Walaupun ada ciri yang akan dihadkan kepada pengguna baru, penawaran iOS 14 yang menyeluruh ini adalah sesuatu yang tidak dapat dijanjikan oleh pengeluar telefon pintar Android.

iOS 14 dijangka akan mula ditawarkan kepada pengguna selepas pelancaran iPhone 12 yang dikatakan akan mengalami kelewatan pada tahun ini akibat krisis Covid-19.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.