Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan postpaid Maxis dinaik taraf sehingga 2 kali ganda kuota internet – percuma mulai 4 Jun

Pelan postpaid Maxis dinaik taraf sehingga 2 kali ganda kuota internet - percuma mulai 4 Jun 5


Maxis Malaysia telah mengumumkan akan mengemaskini kesemua pelan pascabayar MaxisOne mereka mulai 4 Jun ini.

Kemaskini pelan prayabar Maxis ini akan menyaksikan hampir kesemua pengguna menikmati kuota internet 2 kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Pelan postpaid Maxis dinaik taraf sehingga 2 kali ganda kuota internet - percuma mulai 4 Jun 6
Lebih menarik, penambahan kuota ini juga akan dinikmati oleh talian sampingan Maxis Postpaid Share yang akan menikmati 30GB kuota bulanan berbanding kuota 10GB + 10GB sebelum ini.

Kemaskini pelan Maxis ini akan berlangsung dari 4 hingga 10 Jun dan anda akan menerima SMS yang mengesahkan talian anda telah dikemaskini ke kuota baru yang lebih tinggi.

Kemaskini pelan dengan kuota baru ini adalah percuma tanpa sebarang perubahan kepada bayaran komitmen bulanan sediada anda.

Info lanjut di : Maxis

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.