Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Speaker Pintar Huawei Sound X akan ditawarkan mulai 16 Mei pada harga RM 1,299


Speaker Pintar Huawei Sound X akan ditawarkan mulai 16 Mei pada harga RM 1,299

Tarikh 16 Mei 2020 bakal menyaksikan Huawei memperkenalkan pelbagai produk terbaru mereka ke pasaran Malaysia.

Huawei telah mengesahkan penawaran komputer riba siri Huawei MateBook, 2 model tablet Huawei MatePad dan Huawei Y6p.

Selain daripada ini, Huawei juga telah mengumumkan akan menawarkan Speaker Pintar Huawei Sound X ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,299.

Huawei Sound X ini telah diperkenalkan ketika pelancaran siri Huawei P40 dan ianya telah dibangunkan dengan kerjasama Devialet.

Huawei Sound X adalah subwoofer premium yang mampu menawarkan kualiti bass serendah 40Hz dengan kekuatan bunyi berkualiti tinggi pada kadar 90dB.

Huawei Sound X juga dilengkapi dengan reka bentuk push-push Acoustic Devialet yang akan membatalkan gegaran yang dihasilkan oleh subwoofer.


Dengan bunyi 360°, Huawei Sound X menjanjikan pengalaman audio terbaik dipasaran dan ianya turut hadir dengan sokongan Huawei Share dan pensijilan Hi-Res Audio.

Anda boleh mendapatkan Huawei Sound X mulai 16 Mei ini di Huawei Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.