Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri telefon pintar realme 6 adalah model terlaris di kempen Lazada Salam Mubarak


Momentum positif realme di Malaysia nampaknya tiada penamat dan syarikat telefon pintar ini telah mencatatkan satu lagi prestasi penjualan yang baik.

Ketika penjualan Lazada Salam Mubarak pada 12 Mei, realme telah menjadi jenama telefon pintar paling laris di Lazada berdasarkan jumlah penjualan dan pendapatan.

Pencapaian ini adalah bagi telefon pintar realme 6i, realme 6 dan realme 6 Pro yang dilancarkan dipasaran Malaysia baru-baru ini.

BACA : ULASAN realme 6i Malaysia – peranti gaming bajet terbaik dipasaran

realme 6i hadir ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan dari RM 599 manakala realme 6 Pro pula ditawarkan pada harga dari RM 999.

BACA : ULASAN realme 6 8GB RAM – peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip

realme 6 Pro yang baru dilancarkan beberapa hari lalu pula hadir dengan harga penjualan RM 1,399 dan ianya turut hadir dengan jaminan waranti selama 2 tahun.

BACA : ULASAN realme 6 Pro Malaysia : Lebih banyak ciri flagship pada harga RM 1,399 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.