Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom bakal tiba dengan teknologi zoom 60x


Ketua Pegawai Eksekutif realme India iaitu Madhav Seth telah memgesahkan bahawa telefon pintar realme X3 SuperZoom akan dilancarkan tidak lama lagi dan ianya akan mempunyai kamera yang menawarkan zoom 60x.

Ini bermaksud realme X3 SuperZoom akan memiliki kamera periskop dengan pengzooman optik 6x dan zoom maksima 60x.

realme X3 SuperZoom Milky Way
Selain itu, gambar Bima Sakti yang dikongsi oleh beliau di akaun Twitter menunjukkan resolusi 13MP.

Selain daripada itu, realme X3 SuperZoom dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 855+, sehingga 12GB RAM dan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 30W.

realme X3 SuperZoom dijangka akan dilancarkan bersama-sama realme X3 dan realme TV didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.