Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad dan MatePad T akan ditawarkan di Malaysia mulai 16 Mei pada harga dari RM 599


Selain pelancaran beberapa generasi baru komputer riba Huawei MateBook, Huawei Malaysia juga telah memperkenalkan dua model tablet terbaru ke pasaran tempatan dan ianya bermula pada harga serendah RM 599 sahaja.

Huawei MatePad dan Huawei MatePad T telah disahkan akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 16 Mei 2020.

Huawei MatePad Malaysia

Berikut adalah spesifikasi Huawei MatePad

Huawei MatePad hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 10.4-inci yang memiliki resolusi 2000 x 1200 (224ppi) dan nisbah skrin 84%.

Sebagai tablet yang lebih berpatutan, Huawei MatePad turut dilengkapi dengan pemproses Kirin 810, 4GB RAM, 64GB storan dalaman dan GPU Mali G-52 dengan GPU Turbo 3.0.

Selain itu, Huawei MatePad jug disertakan dengan kapasiti bateri yang sama seperti Huawei MatePad Pro iaitu 7,250mAh, pengecasan 5V/2A, 4 pembesar suara Harmon Kardon + Huawei Histen 6.0 dan EMUI 10.1 berasaskan Android 10.

Huawei MatePad juga hadir dengan kamera 8MP dibahagian hadapan dan belakang namun sensor dibelakang juga disertakan dengan flash.

Huawei MatePad akan ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu Midnight Grey dengan harga penjualan RM 1,399 (versi Wi-Fi + LTE)dan setiap pembelian tablet ini juga akan menerima Flip Cover, 3 bulan langganan Huawei Video Premium, 15GB Huawei Cloud dan Huawei M Pencil (sementara stok masih ada).

Beli Huawei MatePad di Huawei Online Store


Satu lagi tablet yang disahkan penawaran di Malaysia adalah Huawei MatePad T yang hadir dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

Huawei MatePad T memiliki skrin paparan 8.0-inci  (1280 x 800 piksel), pemproses MTK8768 berkelajuan 2.0GHz, 2GB RAM,  32GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 5,100mAh.

Selain itu, Huawei MatePad T juga hadir dengan kamera belakang 5MP, kamera hadapan 2MP, Bluetooth 5.1 dan satu pembesar suara.

Huawei MatePad T akan hadir didalam warna Deepsea Blue (versi Wi-Fi + LTE) dan setiap pembelian akan turut menerima 3 bulan langganan Huawei Video Premium dan Huawei Cloud 15GB.

Huawei MatePad T boleh dibeli mulai 16 Mei ini di Huawei Online Store.

*pautan pembelian masih belum sedia ketika penulisan

Generasi Terbaru Huawei MateBook X Pro, Matebook 13, Matebook D 14 dan D 15 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 16 Mei ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.