Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y6p akan ditawarkan di Malaysia mulai 16 Mei pada harga RM 559 sahaja


Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar Huawei Y6p akan mula ditawarkan di pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 559 sahaja.

Huawei Y6p hadir dengan skrin paparan dew-drop berukuran 6.3-inci dengan nisbah skrin 88.4%, pemproses Mediatek MT6762R, 4GB RAM, 64GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Huawei Y6p juga hadir dengan tetapan tri-kamera   13MP + 5MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Huawei Y6p akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Phantom Purple dan Emerald Green.

Dapatkan Huawei Y6p di Huawei Online Store mulai 16 Mei.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.