Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 3 dan Reno 3 Pro kini rasmi dengan harga dari RM 1,699


Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo Reno3 dan Oppo Reno3 Pro ke pasaran Malaysia yang hadir dengan harga penjualan RM 1,699 dan RM 2,399.

Oppo Reno3 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ Super AMOLED berukuran 6.4-inci, pemproses Helio P95, 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 4,025mAh yang juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Teknologi kamera pada Oppo Reno3 Pro adalah sesuatu yang menarik dimana pada bahagian belakang tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP + 13MP sensor telefoto + 8MP sensor ultrawide dan 2MP sensor monokrom.

Pakej kamera Oppo Reno3 Pro juga membawakan fungsi 5x Zoom Hibrid dan 20x Zoom Digital selain mod penggambaran Ultra Clear 108MP.

Kamera swafoto Oppo Reno3 Pro juga tidak kurang hebatnya, ianya menampilkan tetapan dwi-kamera selfie punch-hole dengan sensor utama 44MP yang dipadankan dengan sensor depth 2MP.

Oppo Reno3 juga dilancarkan ke pasaran tempatan dan berikut adalah spesifikasi Oppo Reno3 :

  • Skrin AMOLED 6.4-inci
  • MediaTek Helio P90
  • 8GB RAM/128GB storan dalaman
  • Kamera selfie 44MP
  • Quad-kamera 48MP + telefoto 13MP + Ultrawide 8MP + monokrom 2MP
  • Bateri 4,025mAh – 20W VOOC Flash Charge 3.0
  • Sensor capjarj dalam skrin
  • Harga RM 1,699.

Oppo Reno3 Pro dan Reno3 hadir dialam dua pilihan warna iaitu Auroral Blue dan Midnight Black dengan harga penjualan RM 2,399 dan RM 1,699 .

Pembelian kini boleh dibuat di storĀ Oppo, Lazada, Shopee, Sengheng, Directd dan syarikat telko utama (Sengheng dan Directd hanya menawarkan Oppo Reno3 Pro).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.