Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F2 Pro kini rasmi – flagship killer dengan Snapdragon 865 dan harga penjualan luar biasa

Poco F2 Pro kini rasmi – flagship killer dengan Snapdragon 865 dan harga penjualan luar biasa.

Pocophone secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship killer terbaru mereka iaitu Poco F2 Pro yang menggantikan Poco F1 yang memasuki pasaran kira-kira 2 tahun lalu.

Pocophone F2 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.67-inci, pemproses mercu Qualcomm Snapdragon 865, RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1.

Selain itu, Poco F2 Pro juga hadir bateri berkapasiti 4,700mAh dengan teknologi pengecasan pantas 20W, teknologi penyejukan LiquidCool 2.0, Poco Launcher 2.0, sokongan 5G, Wi-Fi 6 dan Super Bluetooth.

Beralih kepada kamera, Poco F2 Pro hadir dengan  sensor quad-kamera 64MP Sony IMX686, sensor ultrawide 13MP, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP (membawakan rakaman video 8K).

Poco F2 Pro juga disertakan dengan sensor kamera selfie pop-up 20MP selain sensor capjari terbina dalam skrin.

Poco F2 Pro juga membawakan pelbagai ciri-ciri sampingan kini semakin lenyap pada telefon pintar seperti IR Blaster, bicu audio 3.5mm dan NFC.

Poco F2 Pro juga menawarkan ketahanan yang tinggi dengan pengunaan kelas Corning Gorilla 5 dibahagian hadapan dan belakang.

Poco F2 Pro akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Neon Blue, Phantom White, Electric Purple dan Cyber Grey dengan harga penjualan €499 (RM 2,340) bagi versi 6/128GB manakala versi 8/256GB pula hadir dengan harga penjualan €599 (RM 2,809).

Poco F2 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan dengan harga penjualan yang pasti lebih rendah berbanding di Eropah.

Mungkinkah Poco F2 Pro akan hadir ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan kurang dari RM 2,000?, sama-sama kita nantikan pelancaran Poco F2 Pro di Malaysia kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.