Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia bakal melancarkan telefon pintar bajet dengan sensor dwi-kamera 48MP


Honor Malaysia telah mengeluarkan satu teaser bahawa satu telefon pintar baru akan dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Buat masa ini, Honor Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai telefon pintar ini namun telah mengesahkan telefon pintar ini akan hadir dengan tetapan dwi-kamera AI Ultra-Clarity 48MP + sensor depth 2MP.

Selain itu, Telefon pintar Honor ini mungkin turut hadir dengan panel skrin yang besar, prestasi bateri yang baik dan pemproses yang berkuasa tinggi.

Selain itu, telefon pintar Honor ini dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang amat berpatutan.

Dengan pengumuman ini, kami pasti Honor akan mengeluarkan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.