Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Jabra Evolve2 dilancarkan secara rasmi – set fon kepala profesional terbaik dipasaran


Populariti trend bekerja dari rumah atau secara mobil yang kian meningkat kini turut menyaksikan pengguna berdepan dengan cabaran mengekalkan tahap produktiviti di tempat kerja.

Jabra kini telah memperkenalkan rangkaian set fon kepala komunikasi bersama (UC) Evolve2 bagi memudahkan pengguna terus kekal fokus, melancarkan kerjasama jarak jauh dan fleksibel.

Jabra Evlove2 hadir didalam tiga varian yang mempunyai kelebihan yang akan memenuhi keperluan pengguna profesional.

Set fon kepala mercu didalam siri Jabra Evolve2 ialah Jabra Evolve2 85 dan berikut adalah ciri-ciri utama set fon kepala Evolve2 85 :

  • 50 peratus kuasa pembatalan bunyi bising yang lebih baik
  • Kusyen cawan telinganya memory foam
  • teknologi penutupan bunyi bising aktif serta pengasingan bunyi pasif
  • Boom Arm – menyingkirkan sebarang gangguan suara dan bunyi bising dalam persekitaran sesak
  • boom arm Evolve2 85 boleh dilipat dan mudah disorok
  • Busylight – pandangan 360 darjah,memberi isyarat ‘anda sibuk’
  • bateri sehingga 37 jam
  • Butang khas Microsoft Teams pada varian MS
  • 10 mikrofon – lapan di cawan telinga + dua di boom arm
  • penyepaduan Microsoft Teams dalam Evolve2 85
  • fungsi Voice Assistant
  • Dwi-sambungan dan aplikasi Jabra Direct serta Jabra Sound+ boleh disuaipadan mengikut citarasa peribadi

Jabra Evolve2 85 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Jun dan ianya akan hadir dengan harga penjualan RM 2,599 bagi versi UC &MC.

Jabra Evolve2 65

Selain daripada Jabra Evolve2 85, Jabra juga memperkenalkan set fon kepala Evolve2 65 tanpa wayar dan Evolve2 40 berwayar yang hadir didalam varian mono dan stereo.

  • tiga mikrofon bersepadu – dua mikrofon di cawan telinga kanan dan satu lagi  boom arm
  • peningkatan kuasa penghantaran audio sebanyak 25%
  • cawan telinga berergonomik dengan kusyen memory foam
  • Fungsi busylight
  • Ketahanan bateri sehingga 37 jam
  • Dwi-sambungan
  • Seperti Evolve2 65, varian Jabra berwayar turut menawarkan tahap keselesaan, ketahanan dan pengalaman pengguna terbaik

Jabra Evolve2 65 versi UC/MS akan hadir dengan harga penjualan RM 1,699 bagi varian mono manakala varian stereo pula hadir dengan harga penjualan RM 1,799.

Jabra Evolve2 40

Jabra Evolve2 40 versi UC/MS pula akan hadir dengan harga penjualan RM 749 bagi varian mono manakala varian stereo hadir dengan harga penjualan RM 799.

Jabra Evlove2 85 dan Evolve2 65 akan hadir didalam warna Hitam atau Kuning Air manakala Jabra Evlove2 40 akan ditawarkan didalam warna hitam sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.