Kempen Raya Bersama Shopee menawarkan barangan keperluan serendah RM 10 dan diskaun sehingga 80%
Shopee Malaysia telah mengumumkan kempen Raya Bersama Shopee yang akan membantu pengguna di Malaysia membeli barang keperluan dan banyak lagi dengan lebih mudah.
Hari Raya atau Bulan Puasa tahun ini adalah amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini khususnya kerana wabak pandemik COVID-19 yang kesannya dirasai oleh pengguna di Malaysia selepas Kerajaan telah melaksanakan perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac yang lalu ( sehingga 28 April 2020).
Kempen ini juga akan menampilkan empat hari yang istimewa – Jualan Hebat Raya pada 23 dan 24 April dan Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.
Selain itu, Shopee juga akan memperkenalkan ciri Salam by Shopee sempena bulan puasa ini yang memudahkan aktiviti membeli-belah bagi mereka yang mencari produk halal, peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk, fesyen Muslim dan banyak lagi. Salam by Shopee menawarkan tawaran, diskaun dan baucar serta koleksi terkini, resipi raya, produk halal, peringatan waktu solat (dalam aplikasi) dan derma.
Untuk memeriahkan lagi Raya ini, Shopee akan membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada para pengguna yang boleh dinikmati di rumah:
Shopee Live: Tontoni kandungan menarik yang direka khas untuk pengguna seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran. Shopee Live juga akan menayangkan rancangan hiburan MeleTOP yang menampilkan lagu, filem, parodi dan gosip terkini.
Rancangan ini akan disiarkan pada 21 dan 28 April, serta 5 dan 12 Mei, pada jam 9 malam.
Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not bersama seisi keluarga untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.
Duit Raya: Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay
layari Shopee dan mulakan pembelian hari raya anda
Shopee Malaysia umumkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta, akan manfaatkan 70,000 PKS