Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelanggan Digi boleh menderma ke dana Covid-19 Yellow Heart Digi di aplikasi MyDigi


Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengumumkan inisiatif pengumpulan dana awam Yellow Heart yang bertujuan untuk menyokong perjuangan KKM dan barisan hadapan badan kesihatan untuk melawan pandemik Covid-19.

Pelanggan Digi kini boleh membuat sumbangan secara terus melalui aplikasi MyDigi dan kempen Yellow Heart Covid-19 ini adalah satu lagi inisiatif Digi selepas membuat sumbangan RM 1 juta kepada GLC Disaster Relief Network (GDRN).

Inisiatif pengumpulan dana awam Yellow Heart ini akan berlangsung selama 4 minggu dan semua sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membeli peralatan perubatan, sut perlindungan peribadi (PPE) dan keperluan perubatan yang diperlukan oleh Hospital

Pelanggan Digi boleh menderma diantara RM2, RM5, RM10 dan RM20 per transaksi di aplikasi MyDigi dengan membeli pas Yellow Heart Covid-19 Aid.

Setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli satu jenis pas sekali dengan jumlah derma maksima adalah RM 37 sahaja.

Bagi pelanggan pascabayar Digi, pas derma ini akan ditunjukkan pada bil bulanan anda manakala bagi pelanggan prabayar, amaun akan dipotong terus daripada kredit yang tersedia.

Maklumat lanjut mengenai kempen Yellow Heart Covid-19 boleh diketahui di sini

*setakat Jam 12 tengahari tadi, sebanyak 11.3% (RM 5537) daripada Sasaran RM 50,000 telah berjaya dikumpul.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.