Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad 10.4 akan dilancarkan pada 23 April ini


Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan memperkenalkan satu lagi varian baru didalam keluarga tablet Huawei MatePad.

Jika beberapa minggu lalu, Huawei MatePad Pro telah memasuki pasaran Malaysia, Huawei melalui akaun Weibo rasmi telah mendedahkan tarikh pelancaran Huawei MatePad 10.4 ini pada 23 April ini.

Huawei MatePad ini akan hadir dengan skrin paparan 10.4-inci dengan resolusi FHD+ (1200×2000) yang menampilkan sisi bezel yang nipis.

Selain itu, Huawei MatePad 10.4 ini akan hadir dengan pemproses Kirin 810 dengan kapasiti RAM 4 atau 6GB yang masing-masing memiliki 64GB atau 128GB storan dalaman.

Selain itu, Huawei MatePad 10.4 akan hadir dengan kamera 8MP dibahagian belakang, pembesar suara Harmon Kardon dan bateri berkapasiti 7,250mAh seperti pada MatePad Pro.

Huawei MatePad Pro 10.4 akan hadir didalam varian Wi-Fi dan LTE dan akan turut menampilkan sokongan stylus Huawei M-Pencil.

Selain Huawei MatePad 10.4, Huawei juga dilaporkan akan melancarkan siri Huawei Nova 7 pada hari yang sama.

Huawei MatePad Pro dan Watch GT2e kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 599

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.