Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee Malaysia umumkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta, akan manfaatkan 70,000 PKS

Shopee Malaysia umumkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta, akan manfaatkan 70,000 PKS 7

Shopee Malaysia telah mengumumkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta yang akan memanfaatkan Kira-kira 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Shopee Malaysia telah mengumumkan pakej bantuan khas ini untuk membantu PKS dan perniagaan yang terjejas dengan ketara oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac yang lalu.

Dua cabaran yang telah dikenal pasti adalah:

● PKS sedang mencari saluran jualan baharu seperti e-dagang, tetapi tidak biasa dengan cara melakukannya. PKS ini memerlukan rakan kongsi yang dapat memberi mereka panduan langkah demi langkah yang jelas, untuk memastikan mereka berjaya dalam perjalanan penjualan atas talian mereka.

● Sejumlah besar peniaga atas talian sedia ada sedang berdepan dengan peningkatan kos dan penurunan hasil yang signifikan akibat jumlah jualan yang rendah.

Shopee Malaysia umumkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta, akan manfaatkan 70,000 PKS 8

Pakej Bantuan Peniaga Shopee ini akan membantu PKS dan perniagaan tempatan dalam pelbagai sektor termasuk peruncitan, hasil segar, makanan & minuman dan banyak lagi dengan memacu pendigitalan perniagaan tradisional dan membawa perniagaan tersebut atas talian.

Pakej ini juga bertujuan menyokong semua peniaganya dengan mewujudkan peluang jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan melalui pembiayaan, subsidi dan pendidikan.

Shopee Malaysia umumkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta, akan manfaatkan 70,000 PKS 9

Pakej Bantuan Peniaga Shopee ini dibuka untuk permohonan bermula hari ini 13 April 2020, hingga 31 Mei 2020.

Ia akan menampilkan manfaat berikut untuk peniaga tempatan:

1. Subsidi Yuran Peniaga

a. Shopee akan memberi diskaun hingga 45% untuk yuran bagi peniaga dalam program RM19 Penghantaran Percuma dan Coins Cashbackkami;

b. Ini akan membantu mengurangkan perbelanjaan operasi dan meningkatkan pulangan kepada pemilik perniagaan.

2. Sokongan Jualan Peniaga

a. Bagi membantu peniaga memacu jualan dalam tempoh Ramadan dan Hari Raya, Shopee memperuntukkan RM6 juta dalam bentuk baucar dan kredit pengiklanan berbayar percuma;

b. Semua peniaga berpeluang mendapat manfaat daripada baucar kempen khas setiap minggu yang bernilai RM100,000;

c. Semua peniaga akan menerima hingga RM400 setiap seorang dalam kredit pengiklanan berbayar percuma bagi meningkatkan pendedahan untuk produk dan kedai mereka.

3. Pakej Digitalisasi

a. Shopee juga berikrar untuk memberi sokongan tambahan khas untuk peniaga baharu untuk memulakan perjalanan penjualan atas talian mereka;

b. Semua peniaga baharu akan menerima baucar Shopee bernilai RM400, RM200 dalam kredit pengiklanan berbayar percuma dan penyertaan percuma dalam program RM19 Penghantaran Percuma selama 2 minggu;

c. Langkah-langkah ini adalah penting bagi memulakan perjalanan bagi peniaga baharu untuk bukan sahaja memudahkan peralihan mereka atas talian tetapi juga demi menghasilkan jumlah pesanan yang tinggi.

4. Semua Manfaat Peniaga Sedia Ada

a. Setiap peniaga Shopee akan terus menikmati semua manfaat Shopee termasuk kadar yuran sifar bagi pendaftaran, komisen 0% untuk peniaga di pasaran dan yuran penyenaraian 0%;

b. Shopee juga akan terus menanggung kos penghantaran dengan program penghantaran percuma yang diberi subsidi di seluruh platform.

5. Pendidikan

a. Shopee juga akan mempertingkatkan kursus percuma Shopee University dalam tempoh ini dengan menambah bilangan kelas dan keluasan topik;

b. Dijalankan atas talian dan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina, kelas istimewa ini disediakan untuk peniaga baharu bagi membimbing mereka dalam pelbagai perkara daripada pembukaan kedai kepada penjualan, pemasaran dan operasi;

c. Selama ini, Shopee University telah berjaya melahirkan lebih daripada 10,000 usahawan dan perniagaan di seluruh negara dari peringkat awal, malah dari pekan luar bandar juga, untuk menjadi salah satu peniaga atas talian terbesar di negara ini.

Pakej Bantuan Peniaga Shopee bertujuan mewujudkan impak jangka panjang yang positif, walaupun selepas PKP.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.