Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A91 warna Unicorn White akan dilancarkan di Shopee hari ini

Oppo A91 warna Unicorn White akan dilancarkan di Shopee hari ini 7

Oppo A91 warna Unicorn White akan dilancarkan di Shopee hari ini

Oppo A91 telah dilancarkan beberapa minggu lalu  didalam warna hitam dan kini Oppo telah mengumumkan penawaran Oppo A91 didalam unicorn white secara eksklusif di Shopee.

Pelancaran Oppo A91 ini warna unicorn white ini akan diadakan hari ini jam 3 petang secara langsung di platform Shopee Live dan penjualan kini telah bermula.

Oppo A91 warna Unicorn White akan dilancarkan di Shopee hari ini 8

Bagi anda yang berminat, pelancaran ini juga akan menyaksikan sesi Unboxing Oppo A91 oleh Adam Lobo dari Adam Lobo TV, penonton juga berpeluang memenangi baucar Shopee bernilai RM 100.

Terus kepada spesfikasi, Oppo A91 hadir dengan skrin paparan FHD AMOLED berukuran 6.4-inci yang turut dilapisi Corning Gorilla Glass 5 (408ppi), pemproses MediaTek MT6771 (Helio P60), 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Oppo A91 juga hadir dengan tetapan quad kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP selain kamera selfie 16MP.

Bercakap mengenai bateri, Oppo A91 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,025mAh dan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang membolehkan 50% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Oppo A91 juga hadir dengan ColorOS 6.1, sensor capjari dalam skrin dan Game Boost 2.0.

Oppo A91 warna Unicorn White akan dilancarkan di Shopee hari ini 9

Setiap pembelian Oppo A91 warna Unicorn White akan turut menerima beg galas Oppo bernilai RM 199 secara percuma dengan diskaun RM 100 menjadikan harga penjualan Oppo A91 pada 6 April adalah RM 899.

beli Oppo A91 di Shopee sekarang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.