Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 9S edisi terhad Mi Fan Festival akan ditawarkan eksklusif di Shopee, percuma Mi Band 4



Redmi Note 9S edisi terhad Mi Fan Festival akan ditawarkan eksklusif di Shopee, percuma Mi Band 4

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa penjualan pertama Redmi Note 9S versi 6/128GB akan bermula pada 7 April ini serentak dengan Mi Fan Festival 2020.

Redmi Note 9S sebelum ini hanya ditawarkan didalam versi 4/64GB dengan harga penjualan RM 799.

Mi Fan Festival 2020 Malaysia akan berlangsung 7- 9 April 2020 di Shopee dan Lazada

Selain itu, Xiaomi Malaysia juga telah mengumumkan penawaran Redmi Note 9S edisi terhad Mi Fan Festival 2020 secara eksklusif di Shopee dan ianya terhad kepada 2020 unit seluruh dunia.

Redmi Note 9S edisi terhad ini hadir didalam warna kelabu dengan ukiran logo Mi Fan Festival 2020 dipanel belakang dan setiap pembelian juga akan menerima Mi Band 4 secara percuma.

Harga penjulan Xiaomi Redmi Note 9S edisi terhad Mi Fan Festival 2020 ini adalah RM 949 bagi versi 6/128GB.

Menyentuh serba sedikit mengenai spesifikasi yang dimilik Redmi Note 9S ini, ianya hadir dengan skrin paparan FHD 6.67-inci dengan reka bentuk tiny-dot drop di bahagian tengah, pemproses Snapdragon 720GB (8nm),  sensor capjari pada bahagian sisi dan rangka kalis percikan air.

Selain itu, Redmi Note 9S juga memiliki bateri berkapasiti 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Redmi Note 9S  turut hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.