Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Malaysia tawar 50% diskaun bagi earbuds tanpa wayar Elite Active 65t di Lazada pada 9 April ini


Jabra Malaysia tawar 50% diskaun bagi earbuds tanpa wayar Elite Active 65t di Lazada pada 9 April ini

Jabra, nama yang tidak asing lagi didalam penawaran peranti audio telah mengumumkan bahawa earbuds Elite Active 65t akan hadir didalam harga 50% diskaun pada 9 April ini.

Eksklusif di Lazada, Jabra Elite Active 65t akan hadir dengan harga penjualan RM 449 sahaja berbanding harga penjualan asal RM 899 dan promosi ini adalah hanya untuk 24-jam.

Jabra Elite Active 65t menawarkan teknologi audio dan ciri yang sama seperti Elite 65t namun dengan kebolehan untuk menggunakanya ketika bersukan atau di gym.

Jabra Elite Active 65t ini adalah generasi ketiga peranti tanpa wayar Jabra dan syarikat ini telah membuktikan kebolehan untuk menawarkan peranti tanpa wayar yang berkualiti tinggi.

Jabra Elite Active 65t ini hadir dengan jangka hayat bateri selama 5 jam dan sehingga 15 jam (tambahan 2 pengecasan penuh) apabila digunakan bersama kotak pengecasan.

Peranti tanpa wayar Jabra Elite Active 65t ini juga hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP56 dengan jaminan anti air dan habuk selama 2 tahun.

Dapatkan Jabra Elite Active 65t di stor rasmi Jabra di Lazada pada 9 April ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.