Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra didalam warna Cosmic Black telah habis ditempah

Samsung Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra cosmic black
Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra telah dibuka tempahanSamsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra telah dibuka tempahan sejak minggu lalu iaitu hanya beberapa jam selepas pelancaran global.

Terkini, Samsung Mobile Malaysia telah mengesahkan bahawa kesemua unit pra-tempahan bagi Galaxy S20+ dan Galaxy S20 UltraGalaxy S20 Ultra didalam warna Cosmic Black telah kehabisan stok.

Walaubagaimanapun, Samsung Mobile mendedahkan bahawa warna Cosmic Black bagi Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra masih boleh ditempah melalui rakan penjual rasmi dan syarikat telekomunikasi terpilih.

Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ kini rasmi dengan skrin 120Hz, sensor utama 64MP dengan harga dari RM 3,599

Sebagai rekod, Samsung Galaxy S20+ hadir dengan tag harga RM 3,999 manakala Samsung Galaxy S20 Ultra pula memiliki harga RM 4,999.

Bagi yang berminat, pra-tempahan masih dibuka dan anda boleh melakukanya di pautan ini > http://www.samsung.com/my/s20preorder

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.