Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP

Samsung Galaxy s20 ultra malaysia

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP

Samsung Galaxy S20+ Ultra merupakan model paling premium didalam keluarga S20 namun model ini adalah gergasi baru yang menawarkan beberapa teknologi yang tidak dimiliki oleh dua model yang lain.

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP 9

Paling ketara adalah, tiada satu pun teknologi kamera Galaxy S20 dan Galaxy S20+ ada pada Galaxy S20 Ultra dan ianya turut menampilkan pengunaan kamera persikop yang menawarkan sehingga 10x zoom hibrid dan 100x Super Resolution Zoom.

Samsung Galaxy S20 Ultra Camera

Sensor utama Galaxy S20 Ultra adalah unit 108MP (9 in 1 pixel bining) dengan 2.4µm piksel yang akan membawa fotografi low-light ke tahap baru. Ianya memiliki aperture f/1.8 dan OIS.

Sensor ini turut membawa sokongan rakaman video 8K dengan Samsung menjanjikan pengambilan video tahap profesional dengan pengstabilan Super Steady 2.0

Galaxy S20 Ultra juga menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk membawakan sensor periskop 48MP dengan OIS dan menawarkan pengzooman seperti yang kami perkatakan di atas.

Melengkapkan bahagian kamera adalah sensor ultrawide 12MP dan sensor DepthVision yang turut ditawarkan pada Galaxy S20+.

Galaxy S20 Ultra juga hadir dengan kamera selfie 40MP yang merupakan loncatan terbesar apabila dibandingkan dengan kamera selfie 10MP yang ditawarkan pada Galaxy S20 dan Galaxy S20+.

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP 10

Beralih kepada spesifikasi lain, Galaxy S20 Ultra tampil dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 1440+p dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+ selain sensor capjari ultrasonik pada skrin.

Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ kini rasmi dengan skrin 120Hz, sensor utama 64MP dengan harga dari RM 3,599

Galaxy S20 Ultra juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan 16GB RAM yang mana ianya adalah untuk model paling atas dan terdapat juga versi 12GB. Storan dalaman bermula dari 128GB sehingga 512GB dan terdapat slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 1TB memori.

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP 11

Galaxy S20 Ultra juga disertakan dengan pemproses yang sama seperti S20 dan S20+ iaitu Snapdragon 865 atau Exynos 990 yang membawakan sokongan 5G manakala bateri yang disertakan adalah 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W (hanya palam pengecas 25W disertakan dalam kotak) dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP 12

Samsung Galaxy S20 Ultra akan hadir dengan harga penjualan RM 4,999 dengan pra-tempahan dibuka hari ini.

setiap pra-tempahan Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra akan menerima Galaxy Buds+ bernilai RM 599 secara percuma. Maklumat lanjut pra-tempahan di sini

baca laporan mengenai Galaxy S20 dan Galaxy S20+ di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.