Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Pro dan Honor MagicBook akan dilancarkan pada 24 Februari ini

Honor 9X Pro dan Honor MagicBook Malaysia
Syarikat telefon pintar Global iaiti Honor akan mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk mencipta persekitaran yang lebih pintar khususnya untuk golongan muda dengan persidangan HONOR All-Scenario Intelligence yang akan berlangsung di Barcelona pada 24 Februari ini.

Lebih membanggakan, Malaysia selaku antara pasaran terpenting bagi Honor akan menjadi beberapa negara pertama didunia untuk menerima ekosistem produk Honor ini termasuk Honor MagicBook dan Honor 9X Pro.

Intelligent Lifestyle akan menjadi kumpulan produk ekosistem yang bertujuan untuk menawarkan pengguna cara yang lebih efisen untuk sentiasa terhubung dengan pelbagai aspek didalam kehidupan harian mereka.

Honor telah memberikan tumpuan khas kepada produk ekosistem sejak penghujung tahun lalu dengan pelancaran beberapa produk seperti Honor 9X, Honor MagicWatch 2, dan earbuds Honor Sport PRO.

Pelancaran beberapa lagi produk ekosistem Intelligent Lifestyle akan membolehkan Honor memenuhi keperluan pengunaan yang berbeza.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung majlis pelancaran HONOR All Scenario Intelligence Conference pada 24 Februari (25 Februari ,1.30 Pagi waktu Malaysia) di www.hihonor.com/global/.

Bercakap mengenai pelancaran Honor 9X Pro dan Honor MagicBook di Malaysia, ianya dijangka akan menyusul didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.