Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ kini rasmi dengan skrin 120Hz, sensor utama 64MP dengan harga dari RM 3,599

Samsung Galaxy S20 dan S20 Ultra

Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ kini rasmi dengan skrin 120Hz, sensor utama 64MP dengan harga dari RM 3,599

Samsung secara rasminya telah melancarkan trio telefon pintar kelas flagship mereka iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra yang akan dibuka untuk pra-tempahan di pasaran Malaysia mulai 12 Februari sehingga 26 Februari 2020 ( tempahan dibuka jam 5 petang hari ini).

Bercakap mengenai Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ terlebih dahulu, ianya hadir dengan penambahbaikan secara keseluruhan dengan skrin paparan 120Hz, kamera yang lebih baik dan juga kapasiti bateri yang lebih besar.

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP

Samsung Galaxy S20+ malaysia
Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy S20+

  • skrin paparan Dynamic AMOLED 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz
  • resolusi 1440p+ dengan nisbah skrin 20:9 (525ppi)
  • 5 kamera dibelakang iaitu sensor utama 12MP f/1.8 + OIS, sensor telefoto 64MP (f/2.0 +OIS) yang menawarkan 3x zoom hibrid dan 30x Super Resolution zoom.
  • Sensor ultrawide angle 12MP (120° darjah) + sensor kamera DepthVision untuk mod potret dan kesan depth
  • Sokongan rakaman video 8K
  • Kamera selfie punch-hole 10MP ditengah skrin + sensor capjari ultrasonik terbina pada skrin
  • Pemproses Snapdragon 865 @ Exynos 990 bergantung kepada pasaran
  • 8GB RAM / 128GB/512GB storan dalaman
  • Sokongan 5G (sub-6GHz + mmWave)
  • Bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W + 15W pengecasan tanpa wayar dan reverse charging
  • Kalis Air dan Habuk IP68
  • Harga : RM 3,999
  • Warna : Cloud Blue, Cosmic Gray dan Cosmic Black.

Beralih kepada Samsung Galaxy S20 pula yang merupakan model paling murah didalam keluarga S20 dan ianya berkongsi kebanyakkan spesifikasi dengan Galaxy S20+

Berikut adalah spesifkasi Galaxy S20 :

  • skrin paparan Dynamic AMOLED 6.2-inci dengan kadar segar semula 120Hz
  • resolusi 1440p+ dengan nisbah skrin 20:9 (563ppi)
  • 4 kamera dibelakang iaitu sensor utama 12MP f/1.8 + OIS, sensor telefoto 64MP (f/2.0 +OIS) yang menawarkan 3x zoom hibrid dan 30x Super Resolution zoom.
  • Sensor ultrawide angle 12MP (120° darjah)
  • tiada sensor kamera DepthVision
  • Sokongan rakaman video 8K
  • Kamera selfie punch-hole 10MP ditengah skrin + sensor capjari ultrasonik terbina pada skrin
  • Pemproses Snapdragon 865 @ Exynos 990 bergantung kepada pasaran
  • 8GB RAM / 128GB storan dalaman
  • Sokongan 5G (sub-6GHz + mmWave)
  • Bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W + 15W pengecasan tanpa wayar
  • Kalis Air dan Habuk IP68
  • Harga : RM 3,599
  • Warna : Cloud Blue, Cosmic Gray dan Cosmic Black.

Samsung turut melancarkan Galaxy S20 Ultra dengan harga penjualan RM 4,999, baca laporan penuh mengenai S20 Ultra di sini

Samsung Galaxy S20 dan S20+ malaysia

pra-tempahan Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra akan dibuka hari ini dengan percuma Galaxy Buds+ bernilai RM 599 bagi pembelian Galaxy S20+ dan Galaxy S20+ Ultra.

maklumat lanjut pra-tempahan 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.