Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X50 Pro 5G akan dilancarkan secara rasmi 24 Februari ini

realme X50 Pro 5G
Susulan pembatalan MWC 2020 yang dijadualkan berlangsung lewat bulan ini, kebanyakkan pengeluar telefon pintar gergasi telah memilih untuk melancarkan produk mereka secara online.

realme dalam pada itu kini telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan realme X50 Pro 5G pada 24 Februari melalui platform seperti Facebook, YouTube dan di realme.com

Pelancaran realme X50 Pro 5G ini akan di siarkan secara langsung ke 15 pasaran global dan ianya termasuk pasaran Malaysia yang memberikan petanda bahawa telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan.

Buat masa ini tidak banyak spesifikasi telefon pintar realme X50 Pro 5G ini diketahui namun ianya akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865.

Search realme X50 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 765G dan realme UI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.