Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam pintar Garmin Venu dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,799

Garmin Malaysia

Jam pintar Garmin Venu dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,799

Garmin Malaysia secara rasminya telah melancarkan jam tangan pintar kecergasan terbaru iaitu Garmin Venu dengan harga penjualan RM 1,799 sahaja.

Garmin Venu Malaysia

Garmin Venu adalah jam pintar yang hadir dengan skrin paparan AMOLED ‘always-on’ yang  diperbuat daripada gelas Corning Gorilla 3 dan dengan 5 hari jangka hayat bateri (6 jam pengunaan dengan mod GPS dan Muzik).

Garmin Venu juga menawarkan pelbagai fungsi yang merekod kesihatan diri seperti perekod respitori, Pulse Ox Sensor yang mengawasi kadar saturasi oksigen didalam darah, perekod tidur, kitaran haid (wanita), perekod stres, kadad hidrasi dan kadar degupan jantung.

Garmin Venu

Selain itu, Garmin Venu juga hadir dengan 20 aplikasi GPS dan sukan seperti berjalan, berlari, berbasikal, berenang, golf dan banyak lagi.

Selain itu, salah satu ciri menarik Garmin Venu ialah ianya mempunyai kebolehan untuk memuat naik muzik kedalam jam untuk pendengaran muzik tanpa telefon pintar.

Garmin Venu akan ditawarkan mulai 9 Oktober ini melalui semua wakil penjual sah Garmin di Malaysia atau secara atas talian di Shopee

Dyian Trisha

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.